Tuesday 30 April 2013

Hari Keluarga PDM Saujana Hijau Meriah

Bersempena cuti hari pekerja hari ini, YB Penjawat Awam DS Tengku Adnan Tengku Mansor meluangkan masa hampir 3 jam di Presint 11 untuk beramah mesra bersama pengundi.

Majlis yang turut dimeriahkan dengan kehadiran kartun animasi Upin & Ipin telah berjaya menarik ribuan kanak-kanak untuk hadir dan memeriahkan hari keluarga pagi tadi. Dalam pada itu, PDM Saujana Hijau merancang pelbagai program seperti sukaneka & acara rakyat.

Rata-rata yang hadir memberikan respon yang positif atas usaha DS Tengku Adnan yang bekerja keras untuk mendekati semua pengundi dan mendengar masalah dengan lebih dekat. Pengundi di Presint 11 turut menyuarakan nada yang sama menyokong penuh kepimpinan DS Tengku Adnan untuk terus berkhidmat & menabur bakti di Putrajaya.

30 April 2013: DS Tengku Adnan mendekati rakyat

Pagi ini calon Parlimen 125 Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini meneruskan lawatan kerja beliau untuk mendekati komuniti di Putrajaya bermula dengan majlis ramah mesra bersama penjawat awam. Datuk Seri Tengku Adnan dalam ucapan beliau menegaskan bahawa suara yang dibawa oleh beliau adalah suara penjawat awam. Datuk Seri Tengku Adnan dengan rendah diri menggelarkan diri beliau sebagai wakil rakyat penjawat awam dan akan melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin.

Pagi tadi DS Tengku Adnan turut dijemput untuk hadir memeriahkan program bersama Perbadanan Putrajaya oleh Tan Sri Aseh Che Mat. DS Tengku Adnan dalam majlis tersebut berkesempatan untuk beramah mesra dan bertanya khabar bersama kakitangan Perbadanan Putrajaya.




Selesai di Perbadanan Putrajaya, DS Tengku Adnan telah turun ke Presint 16 dan melawat Kedai Rakyat 1 Malaysia. Ramai yang terkejut dengan kehadiran Datuk Seri dan respon yang diberikan sangat baik. Majoriti pengundi di Presint 16 turut meletakkan harapan yang tinggi agar DS Tengku Adnan mengekalkan kerusi bagi parlimen Putrajaya untuk Barisan Nasional. 








SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN

BONGKAR! Kuasa Allah SWT Fitnah Pembangkang Terjawab.

Ini lah gambar kamarulzaman yang pembangkang dakwa telah ditampar ole ku Nan, sedang pembangkang heboh pasal citer ini, hubungan mereka seperti anak beranak. Ia hanya mainan politik pembangkang.

lagi KLIK SINI

Monday 29 April 2013

Tun Daim Gempur PUTRAJAYA!

Ceramah penerangan oleh Tun Daim telah berjaya membawa lebih 85% pengundi untuk hadir ke PDM Puncak Puteri. Tun Daim dalam ceramah beliau menegaskan bahawa undi kepada pakatan hanya akan membawa perpecahan. Beliau tidak menafikan hubungan baik beliau dengan Anwar Ibrahim kerana beliau antara orang yang memainkan peranan penting membawa Anwar masuk ke dalam kerajaan suatu ketika dulu. Beliau sendiri mengakui bahawa Anwar adalah seorang kaki putar & telah menipu beliau, Tun Mahathir dan ramai lagi.

Tun dalam ucapan beliau menegaskan berulang kali supaya pengundi di Putrajaya menolak pengaruh jahat oleh pembangkang dan sekaligus memberikan undi kepada calon Barisan Nasional DS Tengku Adnan Tengku Mansor. Beliau juga berkata Husam adalah kawan rapat beliau, tetapi jika diberi pilihan antara Husam & Tengku Adnan, sudah tentu tidak lain tidak bukan Tengku Adnan kerana segala kemajuan sosial, pembangunan rohani serta kestabilan di Putrajaya hanya mampu dibawa oleh Barisan Nasional.

Dalam padanitu, penulis tergerak untuk menjawab fitnah pembangkang yang sibuk mencanang kononnya ceramah yang dianjurkan oleh BN di Putrajaya tidak mendapat sambutan berlainan dengan program yang dianjurkan oleh pembangkang.

Tapi suka untuk penulis ingatkan bahawa program yang dianjurkan oleh Pas Putrajaya adalah program yang semata-mata mencari publisiti & ditaburi dengan fitnah. Berbeza dengan ceramah anjuran BN Putrajaya yang menerangkan dengan fakta serta penjelasan tentang transformasi kerajaan.

Pas Putrajaya dikatakan membawa UAI semalam dan berjaya menarik ramai hadirin untuk mendengar ceramah agama. Namun ramai yang kecewa kerana UAI bukan membawa mesej agama, tetapi lebih kepada berkempen politik. Husam makin pening mencari jalan bagaimana untuk membawa mesej politiknya, dengan cara membawa Nik Aziz dan UAI sajalah akan berjaya menarik orang ramai.

Tapi, malangnya program anjuran PAS Putrajaya gagal kerana motif untuk menarik pengundi di Putrajaya tidak tercapai. Yang hadir majoritinya adalah penduduk luar.

Satu UNDI untuk pakatan
Satu UNDI kepada PERPECAHAN.

Surat dari PM

Salam 1Malaysia,

Hari ini menandakan bermulanya minggu terakhir berkempen bagi musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pada hari mengundi nanti, setiap rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan kepercayaan agama, akan keluar untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi dan memilih pentadbir negara untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Sejak tempoh berkempen bermula pada 20 April lalu, saya telah turun padang ke beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Sabah, Sarawak dan Johor termasuk negeri saya, Pahang untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kandungan Aku Janji kami di Barisan Nasional (BN). Perjalanan kempen saya akan diteruskan ke seluruh negara sehingga hari mengundi nanti.

Calon-calon BN di kawasan anda juga kini sedang bekerja keras untuk menerangkan mengenai Aku Janji BN dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. Oleh itu, saya berharap anda semua akan memberikan sokongan kepada calon-calon BN ini dengan menghadiri ceramah dan kempen mereka di kawasan anda. Selain itu, ikutilah juga perkembangan semasa calon-calon di kawasan anda dengan mengikuti laman sosial mereka seperti Facebook dan Twitter.

Sokongan anda kepada BN amat diperlukan dan dihargai kerana ia akan membolehkan kita semua untuk terus bersama-sama berganding bahu dan bersatu padu bagi memastikan masa depan Malaysia terus terjamin. Berilah BN mandat anda agar kami dapat terus berkhidmat untuk anda.

Najib Razak

DS Tengku Adnan melawat Jabatan Pendaftaran Negara

Jam 3.30 petang hari ini Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berada di Jabatan Pendaftaran Negara untuk melihat dengan lebih dekat peranan JPN sambil beramah mesra bersama orang ramai disini.

Ramai yang memberi sokongan moral kepada Datuk Seri dan meletakkan harapan supaya Datuk Seri menang & sekaligus mempertahankan kerusi parlimen Putrajaya.

Satu Undi kepada Pakatan
SATU UNDI UNTUK PERPECAHAN UMMAT.

Sunday 28 April 2013

GEMPAR!!! DS Tengku Adnan melawat anak saudara Husam! Mana Husamnya?

JENG JENG JENG!!!

Pada 26 April 2013 Datuk Seri Tengku Adnan telah membuat lawatan mengejut ke Hospital Putrajaya dan melawat anak saudara Husam Musa yang telah ditinggalkan Husam walhal Husam adalah calon P125 Putrajaya. Sibuk berkempem sampai anak saudara sendiri terabai. macam mana nak memimpin? 


ala, dah memang biasa kita dengar pasal pemimpin pakatan rakyat yang lupa diri. Buang mak sendiri pun boleh, inikan pula adik beradik.

psstt; dah tau dah jawapan Husam "saya tak kenal wanita itu, ini satu konspirasi terancang UMNO" kihkihkih..

Husam Is The Great Pretender- Tengku Adnan Tengku Mansor

Husam memang pelakon terhebat




Majlis bacaan Yassin dan Solat Hajat di Surau An-Najah

Jam 7.30 malam tadi Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah hadir ke Surau An-Najah untuk bersama jemaah lain bagi menunaikan solat maghrib.

Selepas itu, Datuk Seri turut serta bersama jemaah lain menunaikan solat sunat hajat dan bacaan yassin,kesempatan yang ada sementara menunggu masuk waktu solat isyak digunakan oleh para jemaah untuk bermesra & bertanyakan soalan kepada Datuk Seri.

Program Tengku Adnan bersama rakyat di PDM Metropolitan meriah

Jam 3.30 tengahari hari ini Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah hadir ke Pusat Daerah Mengundi Presint 9 untuk bersama komuniti di sini.

Penyertaan oleh komuniti adalah sangat baik, pelbagai aktiviti telahpun diatur antaranya pertandingan mewarna bersama kanak-kanak.

Program yang turut disertai oleh MCA Putrajaya ini mendapat sambutan yang sangat baik. Daripada respon yang diterima terutamanya pengundi cina Putrajaya menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bagi kepada Datuk Seri Tengku Adnan.

Datuk Seri Tengku Adnan dalam temuramah bersama wartawan telah memberi penegasan kepada lawan beliau Husam Musa supaya menghentikan penipuan dan menabur janji palsu kepada rakyat di Putrajaya.

SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN.

Saturday 27 April 2013

Lawatan mengejut PM ke rumah Allahyarham Datuk Shaharudin Ibrahim

Kira jam 9.30 pagi tadi Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama isteri telah membuat lawatan mengejut ke rumah Allahyarham Datuk Shaharudin Ibrahim Timb Pengarah Kastam.

Lawatan tersebut telah dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Dalam lawatan beliau, Dato Seri Najib telah mengumumkan kenaikan pangkat ke Jusa A super skill. Beliau berkata ini adalah penghargaan dari kerajaan di atas pengorbanan Allahyarham dalam menjalankan tugas & dengan pengumuman ini diharap dapat meringankan beban keluarga arwah.

Friday 26 April 2013

Takziah buat Keluarga Allahyarham Datuk Saharuddin Ibrahim

Pagi tadi lepas selesai program bersama rakyat jam 10 pagi Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus bergegas ke Hospital Putrajaya berikutan kejadian Timbalan Pengarah Kastam Datuk Saharuddin Ibrahim maut ditembak. Ini adalah kejadian yang pertama kali berlaku di Putrajaya, dan kita yakin bahawa pihak berkuasa akan berjaya menangkap penjenayah yang berhati binatang ini.


kira-kira jam 4.15 petang Ku Nan telah hadir bersama jemaah lain untuk solat jenazah di Masjid Tuanku Mizan, ramai yang turut serta untuk menunaikan fardhu kifayah ini.









Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Blog Archive