• DS Ku Nan di Ceramah Israk dan Mikraj IPD Putrajaya

    Program yang disertai oleh YB Ku Nan bersama Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Khairuddin Abdul Samad, OCPD ACP Abdul Razak Abdul Majid, AJK UMNO Bahagian Putrajaya, para anggota Polis serta warga komuniti Putrajaya ini berlangsung dengan kehadiran lebih dari 300 orang termasuk jemaah wanita [...]

  • Surau Presint 14 bukti keprihatinan YB Penjawat Awam

    Dalam kesibukan berkempen, Sempat juga Tengku Adnan Tengku Mansor singgah di Surau Presint 14 walaupun ianya masih lagi dalam pembinaan. Penduduk di Presint 14, Putrajaya tidak sabar menunggu surau ini siap untuk digunakan. "Surau ini dah 85% siap dan kita jangka ia boleh di gunakan sebelum bulan Ramadan" kata Tengku Adnan [...]

  • GEMPAR KU NAN BELASAH NADI PUTRA?

    YB DS Ku Nan memberi tempoh sebulan kepada Nadi Putra untuk mengkaji semula dan memberi laporan kepada beliau kerana apa yang ditekankan adalah masalah rakyat, "kita tidak mahu rakyat merana, kita mahu berikan yang terbaik buat rakyat dan apa yang kita mahu rakyat memberi sokongan dan sama-sama membantu dengan misi memakmurkan Putrajaya" katanya. [...]

DEFENDING PUTRAJAYA AT ALL COST

Thursday, 21 May 2015

EKSKLUSIF! Gema Selawat Nabi di Putrajaya "JOM HIDUPKAN SUNNAH!"




Sebagai umatnya, kita senantiasa mahu menjadikan Rasulullah sebagai uswatun hasanah. Oleh demikian, batu asas untuk mencintai dan dicintai Allah SWT adalah dengan mengikuti sunnah. Sejauh mana seseorang mampu menghidupkan sunnah, maka sejauh itulah ia akan memperoleh kebahagian.

Allah berfirman,”Katakanlah (wahai Muhammad)! Jika kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku, niscaya Allah akan mencintai kalian dan menghapus dosa-dosa kalian.” (Ali Imran : 31)

Rasulullah bersabda: “Tidak beriman seseorang diantara kalian, sehingga hawa nafsunya tunduk mengikuti ajaran yang aku bawa.”

Titik tolak daripada seruan itu, Biro Agama UMNO Bahagian Putrajaya dengan kerjasama SKPP9(1) akan menganjurkan "Malam Cinta Rasul Perdana, Insan Berselawat Insan Penuh Rahmat". Program yang julung kali diwujudkan di peringkat parlimen Putrajaya dengan pengisian khas dan pelbagai aktiviti yang bakal diadakan bagi menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dan mendidik generasi muda remaja agar lebih dekat dengan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Dalam mendepani dunia moden dan tanpa sempadan ini, Biro Agama UMNO Bahagian Putrajaya mengambil cabaran dan inisiatif bagi memastikan sunnah Rasullullah SAW sentiasa dihidupkan dan menjadi ikutan generasi muda, kita percaya ianya tidaklah semudah yang disangka kerana generasi kini lebih berminat dengan teknologi dan mereka percaya apa sahaja boleh diakses melalui internet.

Tetapi bagi Biro Agama UMNO Putrajaya, ianya bukanlah suatu yang mustahil sedangkan Nabi Muhammad SAW adalah seorang pemimpin, pejuang dan insan yang sangat mulia disisi Allah SWT dan mempunyai banyak kelebihan untuk dijadikan idola jika generasi muda kini mengenalinya dengan lebih dekat. Banyak sunnah beliau yang boleh diikuti dan dijadikan panduan dalam kita menjalani kehidupan seharian waqima ketika kita sedang tidur.

Dengan kurang lebih daripada sebulan sahaja lagi sebelum kita menyambut bulan mulia bulan Ramadhan, inilah masa terbaik untuk kita semarakkannya. Bawa keluarga  dan anak-anak ke "Malam Cinta Rasul Perdana, Insan Berselawat Insan Penuh Rahmat" pada 30 Mei ini bermula jam 8.00 pagi. Penampilan istimewa kumpulan Raihan dan Pencetus Ummah Razi.


Namun yang demikian, kita yakin bahawa program ini tidak akan lengkap dan berjaya mencapai matlamatnya tanpa sokongan dan dokongan semua pihak termasuk guru, ibu & bapa seperti kata pepatah ‘Yang bulat tidak datang bergolek, yang piph tidak datang melayang’.

Harapan Biro Agama UMNO Putrajaya dengan usaha murni ini, diharap ianya bakal melahirkan generasi yang disebut sebagai Al-Jama’ah dan mereka ini akan bersatu di atas kebenaran, tidak akan berpecah-belah dalam urusan agama, berkumpul di bawah kepimpinan para Imam yang berpegang kepada Al-Haqq (kebenaran), dan tidak akan keluar daripada jama’ah mereka serta mencapai kesepakatan dalam Salaful Ummah. InsyaAllah.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (QS al-Ahzaab:21).

Semoga Allah senantiasa melimpahkan taufik-Nya kepada kita semua untuk selalu berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah SAW sampai di akhir hayat kita, InsyaAllah amin.


Wednesday, 11 June 2014

BUKTI GEMPAR!! GAMBAR CINA DAP Rasuah Polis!

Kisah benar ni admin dapat daripada facebook saudara Aripin Alif yang berkongsi tentang pengalaman beliau ketika disaman oleh seorang pegawai polis trafik bukit aman.

Nak dijadikan cerita, ketika beliau disaman, pegawai polis trafik tersebut sedang bertelagah dengan seorang cina DAP yang mahu memberi rasuah kepada pegawai terbabit. Tetapi pegawai tersebut menolak dan mengoyakkan duit yang diberikan cina DAP itu.

Menurut dialog yang dikongsikan di FB Aripin Alif, beliau diminta untuk mengambil gambar situasi tersebut dan berjanji untuk dimuat turun di laman sosial fb supaya dapat dikongsikan kepada orang lain tentang kebiadapan cina DAP ini yang sewenang wenangnya mahu membeli maruah orang melayu dengan wang ringgit.

Berikut screenshot yang admin ambil dari facebook Aripin Alif. Jom kita sebarkan agar semua orang tahu Maruah Orang Melayu Bukan Bernilai 30 ringgit.



#CelakaDAP #MaruahMelayu

Friday, 25 April 2014

Kunan beri idea kaedah BRIM dalam mykad

Merujuk kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini yang mengatakan bahawa penerima BRIM ada yang menyalahgunakan pemberian kerajaan BRIM ke cyber cafe dan pusat perjudian ada relevannya. 



Beliau yang gemar menggelar dirinya sebagai ketua kampung di Wilayah Persekutuan sentiasa dihujani dengan aduan masalah sosial masyarakat yang dihantar melalu khidmat pesanan ringkas hampir setiap masa. Kebanyakkannya berlaku adalah golongan bujang "selepas dapat BRIM anak-anak ini ada yang beli topup handphone, ada yang ke pusat perjudian, dan cyber cafe", katanya.

Beliau turut mengulas cadangan untuk menggunakan kaedah lain sebagai contoh BRIM dimasukkan ke dalam MyKad dan rakyat boleh membeli barangan keperluan asas dan tidak akan berlaku salah guna pemberian kerajaan ini. Tambahnya lagi "tempat tertentu seperti cyber cafe, dan pusat hiburan wang BRIM yang dimasukkan kedalam MyKad ini tidak boleh diakses, dan ia sudah pasti tidak akan disalah gunakan."

Ada sesetengah pihak yang mengatakan kunan agak merapu dengan membuat tuduhan melulu, tetapi jika dilihat dari sudut lain dan lebih positif ia ada logiknya. Beliau yang juga ahli parlimen Putrajaya memberitahu kaedah seperti MyKasih dan bantuan kad untuk pengudi beliau warga emas sangat berkesan kerana bantuan sampai kepada tujuan asalnya seperti kad kesihatan yang memberi peluang kepada pengundi beliau untuk mendapatkan khidmat kesihatan di klinik-klinik terpilih di Putrajaya.

Apa yang diperkatakan kunan adalah lebih kepada 'precautions' dan untuk menyedarkan rakyat jika ia tidak dihalang boleh mendatangkan permasalahan yang serius. Sesungguhnya perubahan ataupun hijrah itu sememangnya sukar, tetapi jika kita positif dan berfikiran terbuka tanpa emosi pastinya membawa keuntungan. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Lahir pengundi fasa 12 Presint 9 Putrajaya semalam. Hampir 200 pengundi hadir bagi menyambut hari lahir bersama kunan dan isteri dari bulan Januari hingga Jun.

Mungkin juga komen dari seorang pembaca ini ada kebenarannya.



Gambar hari lahir di sini www.facebook.com/MenteriWilayahPersekutuan.

Friday, 4 April 2014

Tariff Air Pulau Pinang Naik vs Barang Naik

Langkah “drastik” Lim Guan Eng untuk menaikkan tarif air di Pulau Pinang secara tidak langsung menggambarkan Pakatan Pembangkang ini merupakan pemerintah yang akan menaikkan harga barangan sesuka hati dan membebankan rakyat tanpa sebab yang cukup kukuh. Ini amat berbeza dengan Kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah dengan sengaja menaikkan sebarang harga barangan melainkan terpaksa.

Rakyat juga perlu ingat bahawa kenaikan harga barangan yang berlaku sekarang adalah akibat dari provokasi mereka yang tidak bertanggungjawab dengan bantuan “tangan ghaib” yang memegang ekonomi negara kita. Namun kenaikan tarif air di Pulau Pinang jelas memang disengajakan oleh DAP.

Isu kenaikan tarif air di Pulau Pinang  menjadi topik hangat ketika ini memandangkang dalam PRU13 baru-baru ini dalam manifesto mereka menegaskan untuk memastikan kerajaan negeri dan Persekutuan mengurangkan tarif air. Pakatan pembangkang turut menyatakan penetapan tarif air pada kos rendah akan mengurangkan beban kos hidup orang ramai.

lim-guan-eng-ketua-menteri-parti-dap-rasis-ketawa-melayu-penang

Pembohongan mereka terbongkar kali pertama apabila  selepas PRU13 kerajaan Pulau Pinang menaikkan kadar surcaj pemulihan air (WSC)  pada 1 September 2013. Kini kerajaan Pulau Pinang sekali lagi memungkiri janji kepada rakyat dengan mengumumkan kenaikan menaikkan tarif air pada tahun ini pula.

Bayangkan sekiranya kerajaan Barisan Nasional membuat kenyataan bahawa KENAIKAN HARGA barangan adalah untuk mengajar rakyat berjimat cermat. Maka pihak pakatan pembangkang tanpa membuang masa akan terus “menjerit” “melolong” macam orang gila “menghentam” kerajaan Barisan nasional.  Namun apabila perkara yang sama dilakukan oleh Lim Guan Eng @ DAP maka mereka pun memberikan justifikasi betapa praktikal dan berhemahnya keputusan mereka itu dan ironinya penyokong pakatan pun dengan “redha” menerima keputusan tersebut.

Dalam kekalutan rakyat menghadapi krisis air, tiba-tiba Lim Guan Eng @ DAP telah mengumumkan kadar tarif air Pulau Pinang akan dinaikkan pada masa depan selepas mengambil kira permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian. Beliau turut menyalahkan penduduk negeri Pulau Pinang kononnya tidak bijak menguruskan penggunaan air sehingga menyebabkan negeri ini menjadi negeri tertinggi penggunaan air dalam kalangan penduduk.

Isu air merupakan antara topik hangat dalam negara ketika ini. Dalam keadaan Selangor melaksanakan pencatuan air akibat dari keputusan “bodoh” Khalid Ibrahim yang sebelum ini bermati-matian menolak  pembinaan “Langat2” maka rakyat Selangor terpaksa menanggung akibatnya.

Rakyat perlu tahu bahawa keputusan menolak projek Langat 2 sebelum ini bukan merupakan keputusan Khalid Ibrahim seorang. Ianya seolah-olah merupakan “ARAHAN” dari pihak tertinggi Pakatan Pembangkang. Dengan ertikata lain tidak ada satu pun kebaikan yang disumbangkan oleh pakatan pembangkang melainkan kesengsaraan kepada rakyat.

Hakikatnya keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan tarif air kononnya bagi mengawal penggunaan bahan itu di kalangan rakyatnya adalah tidak wajar sama sekali. Ianya merupakan satu  tindakan yang cukup tidak bertanggungjawab dalam keadaan syarikat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) kini meraih keuntungan.

DAP ternyata tidak mementingkan rakyat yang terpaksa menanggung kos kenaikan itu.  Dalam keadaan PBAPP meraih keuntungan DAP masih mahu menekan rakyat.

Mentaliti DAP sebenarnya amat gagal sebagai pemerintah. Mereka lebih mirip kepada organisasi yang berteraskan keuntungan. Percaturan hidup rakyat Pulau Pinang sudah menjadi transaksi perniagaan buat DAP.  Dengan itu sebarang unsur yang mengganggu perancangan memaksimakan keuntungan bakal mengalami mimpi buruk tidak lama lagi. 

Dengan erti kata lain kos hidup di Pulau Pinang bakal melambung tinggi sepertimana Singapura yang merupakan antara negara yang kos sara hidupnya merupakan yang tertinggi di dunia.

Tanggungjawab mereka untuk menjaga kebajikan rakyat seolah-olah menjadi agenda terakhir dalam “list” DAP. Hakikatnya mereka dipilih untuk rakyat untuk menjaga kebajikan bukannya membentuk komuniti rakyat Pulau Pinang sebagai perniagaan. Alasan yang cukup tidak bertanggungjawab DAP kononnya langkah kerajaan negeri untuk menaikkan tarif air merupakan suatu usaha untuk mengelak catuan air terpaksa dilakukan di Pulau Pinang.

Kerajaan negeri terpaksa menaikkan tarif air untuk menggalakkan orang ramai mengurangkan kadar penggunaan air agar generasi akan datang mempunyai lebih banyak peluang untuk tidak mengalami catuan air. Betapa hipokrit dan tidak bertanggungjawabnya kenyataan Lim Guan Eng@DAP.




Mykmu.net

Sunday, 16 March 2014

Anwar Hanya Tahu Kritik - Kunan

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membidas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai seorang yang hanya mempunyai kepentingan politik semata-mata.

Katanya, Anwar telah mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak mengadakan soal-jawab media pada sidang akhbar MH370 di Putrajaya semalam.

Sedangkan tujuan Najib berbuat demikian adalah bagi mengelak berlakunya kekeliruan, kata Tengku Adnan.

tengku-adnan-menteri-wilayah-cabut-undi-unit-baru-sungai-besi-penduduk

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata tindakan Anwar yang suka memperbesarkan perkara kecil adalah untuk kepentingan politik semata-mata.

“Anwar ni apa kita buat semua salah. Pasti Perdana Menteri tak jawab soalan (media) kerana tidak mahu mengelirukan keadaan.

“Dia (Anwar) tak faham…dia akan timbulkan setiap perkara kecil untuk kepentingan politik dia. Ini masalahnya”, kata Tengku Adnan selepas merasmikan Konvensyen Hala Tuju Melayu anjuran UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di sini.

Sebuah laman portal memetik Anwar sebagai mengkritik Najib kerana tidak mahu mengambil sebarang soalan dari media pada sidang akhbar tersebut.

Sunday, 12 January 2014

GEMPAR!! HUSAM MUSA DATANG PUTRAJAYA TUNJUK HEBAT? NAK BUAT APA LAGI!!

Fuhhhhhhh...... hari ni riuh sekampung Putrajaya, si hero Husam Musang tiba-tiba buat kejutan datang minum petang bersama warga Putrajaya. Mau tak riuh, yela INGAT senang ke Husam Musang nak datang Putrajaya? Aku orang pertama yang tunggu Husam tadi. Orang PAS pun tak sampai lagi, eh silap orang Putrajaya pun tak sampai lagi.. kihkihkih..



Aku ni dah lama tak menulis tapi sebab Husam Musang datang Putrajaya aku jadi riak nak menulis pasal hamba Allah ni. Aku baca dekat FB semalam Husam ajak sembang santai, tapi bila Musang sampai ceramah perdana pulak? Ok la ceramah boleh terima tapi kenapa buat dekat tempat orang makan? Ohh yelaa.. nanti kalau buat dekat padang tak ada orang pulak nak datang.. HAHA..Tapi pelik jugak kemana pergi Perbadanan Putrajaya tadi, mungkin minum petang dekat tempat lain kot atau Aseh tengah sibuk arah budak-budak dia cari idea nak buka apa plak lepas HRC tak lepas, HEHE..

Ada la dalam 30 orang yang datang tadi, 15 orang budak-budak student luar, 8 orang yang aku sempat berkenalan adalah kalangan ahli Pas Putrajaya yang tinggal di Bangi dan Dengkil, lagi 7 orang campur wartawan dan jurukamera. Haaa... lupa adalah orang Putrajaya yang singgah beli air nak tak nak kena la dengar si Musang menipu lembu-lembunya..  HAHAHAHA!!!

Apa yang aku harap Husam datang bawa slogan baru ke, amanat atau manifesto untuk pilihanraya akan datang ke, rupa-rupanya dia datang semata-mata nak hentam pasal isu Hard Rock Cafe. Inilah masalah Husam Musang ni, tak lepas SPM agaknya. Tapi lihat kecerdikan Husam Musang Berbulu Ayam ni, bila ada isu popular macam ni mula la dia akan canang satu dunia, kononya kunan gila nak buka HRC di Putrajaya berkonsepkan Islam. "Mana ada dalam dunia ni Hard Rock Cafe yang berkonsepkan Islam, dua elemen HRC iaitu arak dan hiburan" (MACAM BIASA PERGI Hard Rock jeee..) tau pulak dah tu apa yang kau nak spin lagi.

Soalan aku Husam ni jadi BODOH atau sengaja buat BODOH? Kunan sebagai Menteri perlu buat kenyataan yang neutral dan perlu juga menjaga sensitiviti pelabur asing. Jika kunan terlalu keras dengan mengeluarkan kenyataan MENOLAK HRC maka ia akan mendatangkan kesan kepada pelabur. Dah tentula mereka akan kata Malaysia RASIS! Walhal kita memang sedia maklum Islam adalah agama persekutuan. Kunan perli HRC buat nasyid, HRC boleh wujudkan ke? jawapannya sudah pasti la tak boleh. Jadi memang tidak akan ada HRC di Putrajaya. Macam mana nak jadi wakil rakyat kalau Bahasa Malaysia pun tak lepas. Alahaiii Husam Musang, patutla kau tak dilantik EXCO Negeri, sebab BODOH sangat bahasa Malaysia pun tak 'pass'.

Mula-mula bagi ceramah dah buat fitnah, sedih aku tengok lembu-lembu yang terpaksa makan TAIK. HAHAHAHA.. Logik Husam tewas di Putrajaya cukup mudah, katanya UMNO Putrajaya menculik pengundi dari parlimen Batu, Seputeh dan Bukit Bintang, kemudian mereka semua didaftarkan sebagai pengundi Putrajaya. Apa ke bengap la Husam Musang ni, kau ingat BANGNON ke main culik-culik macam BANGLA 40 RIBU!! Sudahlah isu yang disebut pun isu yang lapuk dan yang KUNAN dah lama perjuangkan. Kalau orang Putrajaya KAMI tahu la apa masalah Putrajaya. Kau datang bercakap tunjuk hebat semua orang boleh jadi calon.

1. Masalah parking : Alahai Musang Berjanggut, isu parking ni aku cabar kau bagi jalan penyelesaian, bukan berkokok macam AYAM. Kalau Husam nak tau, wakil penduduk, persatuan, NGO dan Gerakan di Putrajaya setiap masa mencari jalan menyelesaikan masalah ni dan berbincang dengan Perbadanan. Husam bukan duduk Putrajaya apa yang dia tau? sebab Kunan la sekarang banyak kawasan lapang di Presint 9 terutamanya sudah diratakan dan dijadikan parking kereta. [FAILED]

2. Fitnah Hard Rock Cafe : [SPIN YANG FAILED]

3. 'Public Transport' : Apa yang Husam nak buat? Kalau Husam nak tau, setiap bulan Kunan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berbincang dengan Perbadanan mengatasi masalah Bas di Putrajaya. Ni salah satu link boleh klik SINI [FAILED]

4. Husam cakap Kunan naik toncang dengan naikkan harga tanah sehingga 300%. Woiiiii Husam Musang! Apa kau merepek ni BODOH! Malas cakap banyak, kau bagi bukti la! [FAILED]

5. Husam cakap dia nak bukak Sekolah Agama. ALAMAK! Orang Putrajaya semua tau di Putrajaya ada dua buah sekolah agama di Presint 9 & Presint 11. (lembu-lembunya di bawah mengangguk tanda setuju) HAHAHA!! [FAILED]

Kesudahannya Husam Musang jemput semua wartawan dan media yang kononya buat program sembang santai tetapi hanyalah seperti seorang pengembala lembu yang datang membawa lembu-lembu ternakannya dan bercakap untuk mendapat publisiti murahan. Apahal Husam, kau dah tak boleh cari makan ke dekat Kelantan? Orang Kelantan sendiri pun TOLAK kau la Husam. Kerajaan negeri Kelantan sendiri tak lantik kamu jadi EXCO, sebab apa? Sebab MENFITNAH dan SALAH GUNA KUASA! Kambing woiiii kambing mana??? Mana projek DINAR EMAS??? HEHEHE....

Akhirnya Husam Musang berjaya menaikkan nama nya semula selepas sudah lama menyepi, tetapi sayangnya Husam Musang Berbulu Ayam belum cukup mampu menawan warga Putrajaya. Warga Putrajaya bijak memilih pemimpin. Kami menolak sebarang cubaan orang LUAR yang hanya tahu menabur FITNAH, JANJI MANIS dan Memecah belahkan warga Putrajaya.

WARGA PUTRAJAYA TOLAK ORANG LUAR!


Friday, 10 January 2014

MB Selangor 'murtad' bina gereja kawasan Melayu

Kegilaan apakah ini? Si Khalid ni dah sewel ke apa? Jangan sebabkan politik matlamat menghalakan cara. Belum selesai dengan kebiadapan Lawrence yang mahu menggunakan kalimah Allah, datang lagi seorang melayu sekular yang secara terang mahu memurtadkan anak melayu.

Inilah strategi puak jahanam ini yg sentiasa mahu memecahbelahkan ummat kita. Inilah nasib pribumi yang merempat di tanah air sendiri. Yang aku maksudkan pribumi adalah rakyat selangor yg memberi amanat dan tanggungjawab kepada pemimpin untuk membela mereka, tapi yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Teringat aku kepada pesanan ustaz Nasharudin Mat Isa kafir yahudi tidak akan pernah berhenti menyesatkan kita dan memecahbelahkan ummat kita, jadi selagi itulah kita tidak boleh berhenti membongkar aktiviti dan perancangan jahat puak2 ini.

Terbaru di Kuala Selangor Khalid Ibrahim dengan bangganya merasmikan majlis pecah tanah pembinaan gereja di Tanjung Karang. Wahhh, tahun baru dapat gereja baru. Patutlah beriya iya nak guna kalimah Allah dalam bible. Sudah terang lagi bersuluh, apa lagi nk dikatakan. Walhal ada 4 orang exco PAS dalam negeri selangor, tapi hanya bunyi cengkerik yang ada bila Khalid bina gereja dalam kawasan majoriti melayu islam.

Tanjung karang populasi lebih daripada 20 ribu penduduk melayu islam kira2 lebih daripada 80 peratus adalah islam. Jadi apa relevannya pembinaan gereja ini di Tanjung Karang? Aku belum dengar lagi kerajaan negeri bina masjid. Apalah nasib Islam di Selangor. Nasib baik ada Sultan yang masih teguh menjaga kesucian Islam, kalau Malaysia ni tak ada ketua agama Islam, aku rasa Selangor dah boleh isytihar negeri sekular dan pluralisme pertama di Malaysia.

Rumah urut, kedai judi, pusat hiburan, pelacuran dll sampai sekarang kerajaan negeri tak mampu halang bahkan makin bertambah. Yang tidak berlesen semakin berani beroperasi, masakan tidak bayangkan bible yang mengandungi kalimah Allah yg terang boleb menyesatkan dirampas oleh penguatkuasa Islam, tetapi yang menghalangnya adalah saudara Islam sendiri. Ya Allah, kalau benar mahu mendapatkan 'milage' politik jangan sampai menjual maruah dan agamamu wahai hamba Allah.

Undi PKR adalah HARAM!

Saturday, 21 December 2013

KALAU HARGA TANAH LAGI MAHAL DARIPADA WANITA APA MASALAH DENGAN MENTERI AYAM?

Kunan singgah di KLCC  & meluangkan masa bersama pemandu teksi.

Kerana disebabkan seorang dua saja Menteri yang buat ucapan kurang cerdik, akhirnya yang lain pun turut diperhatikan sehingga ucapan yang pada dasarnya bersifat biasa pun akan menjadi luar biasa. 
Mungkin situasi itu jugalah yang menimpa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa 'hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek dan jika tidak memakai alat solek harganya menurun' ketika menjelaskan mengenai kadar cukai taksiran hartanah di Kuala Lumpur.

Berikutan kenyataannnya itu, bekas Ketua Wanita MCA, Yu Chok Tow menggesa Tengku Adnan meminta maaf dan mendakwa kenyataan tersebut mempunyai maksud mendalam serta memperkecilkan-kecilkan wanita. Harga diri seorang wanita itu letaknya pada kemahiran, keperibadian dan pemikirannya dan bukannya pada alat solek.

Bagaimanapun Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno hari ini tampil memohon maaf dan menjelaskan “Seperti wanita yang tiada alat solek, tidaklah memaksudkan mereka itu seperti hartanah, saya tidak pernah menyamakan wanita dengan hartanah. Apa saya maksudkan orang tidak faham iaitu kalau anda buat rumah cantik, seperti wanita juga, kalau mahu cantik pakai 'makeup'," katanya lagi.

"..Sebab itu jika wanita tersinggung, saya minta maaf dan saya memang tidak bermaksud, ada beberapa wartawan yang menyalahtafsirkan kenyataan saya itu walhal saya memaksudkan dalam makna yang lain.

Itulah bahananya bila ada beberapa Menteri Ayam yang dilantik hasil berkat mencium tangan, kenyataan 'ayam' yang asalnya dikeluarkan oleh Menteri Ayam menyebabkan kenyataan yang dibuat oleh semua Menteri menjadi tumpuan, sehingga kenyataan biasa pun ditafsirkan 'ayam'.

Dalam isu seperti ini Menteri tidak seharusnya menyalahkan wartawan, sebaliknya melihat kembali kepada perlantikan Menteri dikalangan yang tidak layak sehingga status jawatan Menteri itu sendiri tercemar atau tidak lagi dihormati serta dipandang rendah oleh rakyat.

Hal ini berlaku secara semulajadi ekoran terkesan dengan penularan virus 'ayam', biarpun berstatus Menteri, tapi asal saja kenyataan itu timbul masyarakat akan terus menerima dan mempercayainya. Tidak ada lagi istilah seperti 'ya ke ?', tak mungkin!', salah faham kot!', saya tak percaya kalau tak dengar sendiri!' dsbnya.

Sedangkan kalau dilihat dari kenyataan Tengku Adnan dan respon bekas Ketua Wanita MCA, sudut pandangnya jauh berbeza, Tengku Adnan bukan bercakap dalam konteks harga diri wanita, beliau cuma ingin memberi contoh supaya isu sebenar (cukai) yang sedang beliau jelaskan itu mudah untuk difahami, tak timbul soal harga diri wanita itu letaknya pada kemahiran berbagai, kerana itu semua orang tahu, tapi takkanlah beliau sedang bercakap isu cukai kemudian nak jelaskan pasal harga diri wanita dengan panjang lebar lebih pada isu cukai pulak ?

Agak-agaklah, kalau tak pakai alat solek, ada ke individu atau syarikat nak taja majlis perkahwinan Rozita Che Wan sampai RM 13 juta ? Jadi, selain kemahiran, keperibadian dan pemikiran, alat solek juga merupakan aset penting kepada wanita yang tak boleh dinafikan, tidak kira siapa pun wanita itu, jika berpenampilan menarik, pandai bergaya, mengancam dan ada umphhh! Ia pasti mempunyai harga dirinya yang tersendiri mengikut citarasa masing-masing, kerana sudah menjadi lumrah manusia yang sukakan kepada semua perkara yang cantik.

Sumber : gelombangkick.blogspot.com

Thursday, 19 December 2013

KEPUTUSAN KENAIKAN CUKAI PINTU: KENYATAAN PENUH MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN


PEJABAT YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya
Tel: 03-8889 7888  Faks: 03-8889 7957
Laman web: www.kwp.gov.my 
CUKAI TAKSIRAN DBKL

1.             DBKL telah pun menghantar  Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian kepada pemilik-pemilik hartanah di Kuala Lumpur. Notis ini bertujuan memaklumkan cadangan Nilai Tahunan hartanah pemilik untuk dikuatkuasa mulai 1 Januari 2014.
2.          Secara  mudahnya, tafsiran nilaian tahunan dijelaskan seperti berikut:

a.          Bagi tanah yang telah dibina bangunan, Nilai Tahunan bermaksud anggaran sewa kasar setahun yang dijangka munasabah diperolehi daripada bangunan berkenaan. Sebagai contoh, jika bangunan tersebut ditaksir memperoleh sewa RM1,000 sebulan, maka Nilai Tahunannya RM 12,000.

b.             Bagi tanah yang masih kosong, Nilai Tahunan adalah 10% daripada Nilai PasaranTanah. Sebagai contoh jika nilai pasaran tanah RM500,000, maka Nilai Tahunannya RM50,000.

3.               Nilai Tahunan bukanlah cukai taksiran yang perlu dibayar. Cukai taksiran hanyalah beberapa peratus dari Nilai Tahunan.
 Contoh bayaran cukai taksiran adalah seperti berikut :-
JENIS HARTA
NILAI TAHUNAN (RM)
PERATUS KADAR (%)
JUMLAH CUKAI TAKSIRAN (RM)
Rumah Teres
12,000
6
720
Tanah Kosong
50,000
6
3,000

4.              Walaupun saya bersetuju supaya DBKL melaksanakan Penilaian Semula kepada hartanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tetapi saya telah meminta supaya Penilaian Semula tersebut hendaklah tidak mengakibatkan kenaikan yang terlalu tinggi ke atas jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik harta sehingga membebankan mereka. Oleh itu, atas keperihatinan tersebut dan selepas membaca sebahagian dari bantahan yang telah diterima, saya dengan ini ingin mengumumkan perkara-perkara berikut untuk Cukai Taksiran tahun 2014:-
PERTAMA
Kadar peratusan yang digunakan untuk mengira jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar
DIKURANGKAN seperti berikut:

JENIS HARTA
DALAM 36 BATU PERSEGI
LUAR 36 BATU PERSEGI
2013
2014
2013
2014

Perdagangan

12%

10%

10%

8%

Pangsapuri Servis

10%

7%

8%

5%

Kediaman

6%

4%

6%

4%
Rumah Pangsa Kos Rendah

6%

2%

6%

2%
Tanah kosong perdagangan

10%

7%

6%

5%

Tanah kosong kediaman

7%

5%

6%

5%

Kampung Baru, Kampung Sungai Penchala dan Kampung Melayu Segambut Dalam



2%



1%



2%



1%
Lain-lain Kampung              Bangunan
Tanah Kosong


3%
2%


2%
1%


3%
2%


2%
1%

KEDUA
Insentif dalam bentuk pengurangan kepada jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar akan diberi kepada:
 i.        Pemilik harta yang terdiri dari Orang Kurang Upaya (OKU).
 ii.        Pemilik harta yang merupakan Pesara.
 iii.        Pemilik harta yang mendiami sendiri kediaman mereka (tidak menyewakan).
Pemilik-pemilik harta yang dalam kategori di atas bolehlah mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari kaunter-kaunter pembayaran DBKL dan mengembalikan kepada DBKL bersama dengan dokumen bukti yang berkaitan.
KETIGA
Kenaikan jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik rumah kos rendah dan kos sederhana rendah hendaklah pada paras yang paling minima, manakala untuk rumah kos tinggi hendaklah tidak melebihi 10% dan bangunan komersil tidak melebihi 35% dari jumlah cukai taksiran yang dibayar sekarang.
KEEMPAT
Sementara Jawatankuasa Mendengar Bantahan Cukai Pintu mendengar semua bantahan, pemilik harta dibenarkan menjelaskan cukai taksiran bagi penggal pertama pada Januari 2014 berasaskan kepada jumlah cukai taksiran semasa yang dikenakan pada tahun 2013 (Jumlah Lama). Pelarasan akan dibuat dalam bil cukai taksiran penggal kedua Julai 2014.
5.              Tanpa mengambil kira perkara-perkara diatas, pemilik harta yang telah mengemukakan bantahan secara bertulis kepada DBKL sebelum atau pada 17 Disember 2013,  akan tetap dipanggil ke sesi pendengaran bantahan yang akan dimulakan pada 6 Januari 2014 sehingga 31 Mac 2014. Jika pemilik dapat membuktikan bahawa, Nilai Tahunan yang dicadangkan oleh DBKL terhadap harta mereka adalah tinggi, Jawatankuasa Pendengaran Bantahan boleh mengurangkan lagi Nilai Tahunan tersebut. Ini akanmengurangkan lagi jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik.

6.              Saya berharap, keputusan saya ini akan dapat meredakan kegusaran pemilik harta sekelian dan saya juga akan memastikan DBKL mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka dan memperbanyakkan lagi penyediaan kemudahan infrastruktur demi kesejahteraan warga kota semua.
SEKIAN.
Disediakan oleh:
PEJABAT YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Kementerian Wilayah Persekutuan  

19 Disember 2013
PUTRAJAYA

Saturday, 14 December 2013

Kunan buat lawatan mengejut ke Jalan TAR

Hari minggu seperti ini tidak dilepaskan oleh kunan untuk turun ke bawah melihat bagaimana tapak perniagaan di Jalan TAR diselia oleh persatuan.

Sejurus beliau selesai merasmikan Restoran Thalappakatti di Semua House, kunan turun melawat tapak dan bermesra bersama peniaga. Ramai yang terkejut dengan kehadiran kunan yang tidak dijangka.

Kunan turut melakukan pemeriksaan tapak dan lesen serta meluangkan masa berbual bersama pengunjung yang hadir.

Bak kata kunan, sudah menjadi tanggungjawab beliau sebagai seorang Menteri tidak kira masa dan waktu mesti melaksanakan amanah yang diberi rakyat.

Hujung minggu seperti ini bila kunan buat pemeriksaan mengejut seronok juga, kelam kabut dibuatnya persatuan penjaja tadi. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan berdasarkan laporan yang dinilai memang kunan berpuas hati.

Friday, 29 November 2013

Mesyuarat Kali Pertama Ketua UMNO Bahagian Putrajaya bersama AJK baharu.

Mesyuarat pertama Ketua UMNO Bahagian Putrajaya bersama barisan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya yang baru berlangsung di aras 4 Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dan dipengerusikan oleh Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mesyuarat pertama ini lebih berkisar kepada perlantikan Ahli Jawatankuasa baru yang diumumkan oleh Kunan selain membincangkan kaedah yang terbaik dalam memperkasakan parti UMNO dan Barisan Nasional bagi menghadapi PRU 14 akan datang dan sekaligus mempertahankan Putrajaya untuk kekal bersama Barisan Nasional.

Dalam pada itu, seramai 9 orang Ahli Jawatankuasa lantikan diberi ruang dalam jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya antaranya

1) Datuk Ahmad Zaki bin Zahid -Bendahari
2) Haji Roslan bin Abu Hanif -Ketua Penerangan
3) Mohd Rahimi Rejab
4) Mohd Hisamuddin Yahaya
5) Tun Faisal Ismail Aziz
6) Nasru Syazwan Nawai
7) Isma Laili
8) Husna Abdul Rahaman
9) Zarina Ismail

Kesemua 25 AJK termasuk 7 yang dilantik belum lagi diberi sebarang portfolio selain daripada 2 orang pegawai kanan yang masing-masing dilantik sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan. Semoga mesyuarat pertama ini serta barisan Ahli Jawatankuasa yang baru dipilih dan dilantik ini dapat membantu parti UMNO Bahagian Putrajaya dalam usaha memperkasakan parti dan seterusnya mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di PRU ke-14 akan datang.

Tuesday, 12 November 2013

Misi Kemanusiaan UMNO Putrajaya ke Kemboja

Detik 7hb November menjadi saksi rombongan 51 orang ahli UMNO Putrajaya yang terdiri daripada Ketua Pemuda UMNO Cawangan dan beberapa orang Ketua Cawangan yang dipilih mewakili Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke Kemboja. Misi yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya iaitu Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim meniti sebuah perjalanan yang sangat menyentuh hati.

Rombongan yang terbang ke Kemboja ini membawa matlamat penting dalam misi membantu umat Islam di sana. Jika hendak dikongsikan pengalaman penulis sama sekali berbeza dengan realiti sebenar. Tetapi moral yang penulis belajar adalah tahap kesabaran serta kesungguhan ummat Islam di Kemboja dan bertapa bersyukur nya penulis pada nikmat Allah SWT yang tidak terhingga.

Dua buah kampung Islam yang penulis bersama rombongan pergi adalah ke Kampung Chyar Chewar dan kampung Luong Commune. Ini antara perkampungan Islam dan ada lagi perkampungan kecil Islam yang lain, disebabkan kumpulan Islam di sini adalah minoriti jadi mereka hidup dalam keadaan yang sangat daif dan berpecah belah tetapi penulis yakin melihatkan suasana dan fasiliti yang ada di sini, mereka ketinggalan jauh berpuluh tahun berbanding negara kita Malaysia. Agama rasmi di Kemboja adalah Buddha tetapi semua agama bebas melakukan dan mengamalkan upacara keagamaan masing-masing, dan ini satu perkara yang penulis sanjung dengan budaya dan saling hormat menghormati sesama mereka.

Lokasi pertama yang penulis bersama rombongan pergi adalah ke Madrasah Al-Iman di Kampung Chyar Chewar Phonm Penh. Untuk makluman, Madrasah ini adalah pusat utama pengumpulan ketua-ketua madrasah seluruh Kemboja. Walaubagaimanapun, pusat utama ini tidak sedikit pun mencerminkan keadaannya yang sebenar. Tapak madrasah ini dikongsi bersama dengan sebuah Masjid yang bersebelahan dengan pusat pengajian ini, alangkah sedihnya melihat keadaan pelajar tahfiz yang belajar dalam suasana serba kerkurangan tetapi hanya berbekalkan semangat dan iktizam untuk menuntut ilmu akhirat menjadi bekalan mereka.


Penulis sempat berbual dengan salah seorang pelajar tahfiz yang berasal dari negeri Kelantan, beliau dihantar oleh bapanya ke sini, dan sudah lebih setahun beliau di Kemboja. Adik Ishak merupakan salah seorang daripada 250 pelajar tahfiz. Melihatkan semangat adik Ishak ini terdetik di hati penulis bagaimana adik ini mampu berdikari dan tinggal jauh beribu batu dari keluarga tersayang. Jauh berbeza jika dibandingkan dengan madrasah di Malaysia, lengkap dengan sumber air bersih, hostel dan sekurang-kurangnya dapat tidur di atas tilam, tetapi di sini mereka tidur beramai-ramai di kawasan lapang dan tempat itu jugalah yang dijadikan kelas pengajian mereka.

Penulis serta rombongan meluangkan masa lebih 2 jam di Madrasah ini, menurut seorang Ustaz yang juga tenaga pengajar di Madrasah Al Iman beliau memberitahu kesemua pelajar yang menamatkan pengajian di sini akan dihantar ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak hairanlah sumber buku banyak yang datang dari Malaysia, ada juga diantara mereka yang sekarang diperingkat terakhir untuk dihantar ke Malaysia dan sangat fasih berbahasa Melayu. Sebelum pulang, Datuk Nordin Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya mewakili semua menyampaikan sedikit ucapan dan sumbangan berbentuk sejadah, Al Quran dan telekung kepada masjid dan madrasah. Dalam pada itu, sumbangan wang tunai hasil kutipan derma ikhlas daripada peserta rombongan turut diberikan sebagai membantu meringankan sedikit bebanan yang ditanggung mereka.

Peserta rombongan bergambar kenangan bersama tenaga pengajar di Madrasah Al Iman
Rombongan turut ke sebuah lagi kampung di bahagian pedalaman Phom Penh iaitu kampung Luong Commune, di sini kami dibawa melawat ke Masjid Nourussalam yang menjadi pusat pengumpulan komuniti Islam di sini. Kami melawat dan mendalami kehidupan masyarakat Islam Kemboja dengan lebih dekat lagi. Melihatkan rumah mereka dan fasiliti seharian penulis tidak dapat membayangkan bagaimana mereka mampu untuk berdikari dengan keadaan rumah yang sempit, mandi hanya di sungai dan kanak-kanak tidak mendapat pendidikan yang mencukupi. Begitu bersyukur penulis dengan kehidupan di Malaysia bagaimana ummat Islam di sini yang dapat menjalankan ibadat dan hidup dengan aman. Melayan karenah kanak-kanak ini, penulis serta merta membayangkan keriangan kanak-kanak Malaysia yang jauh sekali nak disamakan dengan mereka di sini.

Sama seperti di Madrasah Al Iman, kali ini Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim Ketua Pemuda UMNO Putrajaya mewakili rombongan menyampaikan sedikit bantuan wang tunai dan barangan kelengkapan masjid seperti sejadah dan telekung serta naskah Al Quran untuk kegunaan Masjid Nourussalam. Walaupun dengan bantuan yang tidak seberapa ini, tetapi melihat riak wajah mereka begitu terharu dan bersyukur dengan bantuan yang diterima. Mungkin bantuan ini tidaklah sehebat mana, tetapi nilai yang diberikan In Shaa Allah membantu memberikan semangat dan mengukir detik indah kami di sini.

Kegembiraan terpancar apabila melihat wajah anak-anak ini ketika Saudara Ketua Pemuda Ahmad Faisal Abdul Karim yang membelikan aiskrim untuk kanak-kanak ini
Bergambar sebelum pulang bersama masyarakat Islam di Kampung Luong Commune

Nyata pengalaman yang singkat ini memberi sejuta erti buat semua peserta rombongan kemanusiaan ke Kemboja, sedikti sebanyak penulis belajar tentang erti sebenar kehidupan dan mensyukuri nikmat Allah SWT di bumi bertuah Malaysia ini. Selama penulis di Kemboja, azan berkumandang sama seperti di Malaysia. Lihat, walaupun Islam bukan agama rasmi tetapi penganut lain tidak langsung mempertikaikan soal azan ataupun soal penyembelihan ketika raya korban. Perbezaaan agama tidak menjadikan mereka berpecah belah malah tetap bersatu dan membentuk negara yang berjaya. Tidak langsung kedengaran pergaduhan konflik agama atau pergaduhan sesama saudara di sini. Mungkin kematangan masyarakat Kemboja yang rakyat Malaysia harus contohi. Biar fasiliti kelas rendah, tetapi jangan mentaliti rakyatnya yang rendah.

Unity in Diversity

ZULKIFLI BIN NOORDIN

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN

Rakyat News - Tepat Dari Sumber

UMNO Online