Saturday 15 June 2013

Majlis Perasmian Jalan Pintasan Menghubungkan Jalan Taman Intan Baiduri Dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2)

Alhamdulillah.  Pagi ini YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Datuk KSU berkesempatan merasmikan Majlis Perasmian Jalan Pintasan Menghubungkan Jalan Taman Intan Baiduri Dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Dalam ucapan perasmian tersebut YB Menteri mengucapkan tahniah kepada DBKL dan kontraktor kerana berjaya menyiapkan projek tepat pada masanya. "Walaupun pelbagai masalah dan kekangan yang di hadapi tetapi projek ini dapat disiapkan dengan baik sekali"  tegas YB Menteri.

Dalam pada itu YB Menteri turut mengingatkan agar kemudahan yang disediakan dapat digunakan dan dijaga baik. "Kerajaan sentiasa mengutamakan masalah rakyat dan berasaskan kepada kemampuan yang sedia ada, kerajaan akan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya" tambah YB Menteri. Selain itu perkara lain yang turut ditekankan YB Menteri adalah faktor kebersihan kawasan kediaman yang mana beliau mahukan agar kawasan tempat tinggal sentiasa bersih dan mengelakkan penyebaran wabak penyakit berjangkit.

Dikesempatan itu YB Menteri meluangkan masa hampir 30 minit untuk berdialog bersama penduduk setempat.  Banyak perkara yang dicadangkan dan kesungguhan YB Menteri dalam kata-kata beliau akan cuba membantu menunaikan permintaan tersebut.

0 comments:

Post a Comment