Saturday 8 June 2013

Majlis Meraikan Jentera Pilihanraya PRU13 Cawangan Tulip


Bertempat di Medan Ikan Bakar PICC Presint 5 berlangsung majlis makan malam meraikan jentera pilihanraya PRU13 cawangan Tulip. Majlis yang diadakan bersempena mengenang jasa jentera pilihanraya lepas yang telah memerah keringat sepanjang tempoh 15 hari berkempen demi memenangkan calon Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sekaligus mempertahankan kerusi Parlimen125 yang dimenangi Barisan Nasional sebelum ini.
 
 
Dalam pesanan ringkas beliau, DS Ku Nan mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan buat jentera beliau yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga semasa tempoh berkempen, bertemu dengan rakyat dan bersengkang mata sehingga lewat pagi demi mempertahankan kerusi P125 untuk Barisan Nasional.



 
Inilah pemimpin wakil rakyat yang kita mahukan, dalam kesibukan beliau sebagai Menteri tetapi masih mampu meluangkan masa bersama rakyat. Bukan menagih simpati ataupun populariti semata-mata, tetapi sebagai pengundi di Putrajaya kami tahu yang mana emas yang mana permata. permainan emosi sahaja tidak cukup dan sudah lali dengan politik simpati tidak seperti Ku Nan yang lebih mengutamakan gerak kerja dan menyelesaikan masalah rakyat. Takdir Allah SWT yang mengekalkan YB Ku Nan disini kerana keikhlasan beliau membantu warga Putrajaya.
 
pstt; Inilah yang Husam tak mampu buat, yang dia mampu menangis, menangis, dan terus menangis. hehe.

0 comments:

Post a Comment