Thursday, 30 May 2013

YB DS Ku Nan di Ceramah Israk & Mikraj IPD Putrajaya

Bertempat di Surau Amaniah Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya telah berlangsung ceramah agama Israk & Mikraj anjuran IPD Putrajaya.

Program yang disertai oleh YB Ku Nan bersama Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Khairuddin Abdul Samad, OCPD ACP Abdul Razak Abdul Majid, AJK UMNO Bahagian Putrajaya, para anggota Polis serta warga komuniti Putrajaya ini berlangsung dengan kehadiran lebih dari 300 orang termasuk jemaah wanita.

YB Ku Nan sempat bersama jemaah menunaikan solat maghrib sebelum ceramah bermula. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nik Mohd Sukiman bin Nik Yusuf dari ILIM menekankan tentang kepentingan sebagai umat Islam untuk menjaga batas-batas yang diharamkan Allah SWT & mengelakkan daripada fitnah-menfitnah sesama umat.

Selain itu, Ustaz Nik turut memberi penekanan tentang kepentingan solat yang besar ganjarannya & bagaimana pengorbanan Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan Allah SWT untuk meminta agar dikurangkan waktu solat daripada 50 hingga 5 waktu sekarang.

Sebelum pulang, setelah selesai solat isyak YB Ku Nan sempat beramah mesra & bertanya khabar bersama para hadirin yang hadir.

DEFENDING PUTRAJAYA AT ALL COST!

Psstt; alhamdulillah warga Putrajaya tak salah pilih pemimpin :)

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Unity in Diversity

ZULKIFLI BIN NOORDIN

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN

Rakyat News - Tepat Dari Sumber

UMNO Online