Saturday, 4 May 2013

BONGKAR! HUSAM UPAH SAMSENG BUAT KECOH!

Apa sudah jadi dengan keamanan penduduk di Putrajaya? Semenjak tempoh berkempen dari parlimen dibubarkan, kita dah tahu tentang kemasukan penyokong Pas dari luar kawasan Putrajaya. Bukan orang luar yang kita marahkan, tapi kedangkalan mereka ini yang buat kita rasa marah.

Banyak kes yang dilaporkan mengenai salah laku penyokong pembangkang selama 15 hari tempoh berkempen ini. Daripada kes petugas BN diekori, pengundi dirasuah, kumpulan yang bergerak kononya mambantu untuk mencalit cari pengundi dan banyak lagi & sekarang terbaru kejadian yang berlaku semalam di markas BN berhadapan sekolah menengah presint 9 (2).

Penulis tidak ada masalah dengan petugas atau yang berkempen untuk pembangkang walaupun kita tahu majoritinya adalah penduduk di luar, yang penulis kisahkan kenapa datang & buat kekecohan. Apalah salahnya jika mereka ini datang & bertegur sapa.

Husam yang datang bertanding disini sepatutnya membawa mesej yang lebih segar, bukannya budaya samseng & provokasi dangkal seperti ini. Kononya membawa slogan "saya datang untuk bersahabat" tapi mungkin inilah cara Husam bersahabat agaknya.

Penulis juga terpanggil untuk menjawab berkenaan dengan poster atau banner yang dipasang untk kempen PAS, mereka lebih kepada mencari kesalahan & bercakap tanpa bukti serta fakta yang sahih. Sangat berbeza dengan kempen dari Barisan Nasional yang lebih terbuka & positif tanpa penghinaan atau mengfitnah mana-mana pihak.

Itu belum penulis ceritakan betapa jahatnya strategi PAS yang menggantung banner palsu sampai sanggup mencetak logo 1Malaysia dengan tujuan mengelirukan pengundi, selain penipuan kononnya BPH menghalang penjawat awam berkempen untuk pembangkang serta menggunakan nama dan gambar Ketua Audit Negara pada banner mereka yang sebenarnya Ketua Audit Negara sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai negeri pembangkang. Tapi alhamdulillah semua fitnah pembangkang didikan Husam ini telah berjaya ditepis & pihak yang berkenaan telahpun membuat aduan kepada pihak Polis.

Penulis malas nak huraikan perkara bodoh yang dilakukan oleh mereka ini, kerana pada hemat penulis pengundi di Putrajaya bijak memilih wakil rakyat mereka. Apa-apa pun video & bukti bergambar telah kita hantar pada pihak Polis, kita mahukan pihak berkuasa menyiasat perkara ini dengan serius kerana penulis yakin akan berlaku perkara yang lebih buruk pada hari pengundian nanti.

INGAT!
SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN UMMAT.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Unity in Diversity

ZULKIFLI BIN NOORDIN

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN

Rakyat News - Tepat Dari Sumber

UMNO Online