Tuesday, 14 May 2013

'Saya Hamba Rakyat' -YB DS Tengku Adnan

YB Penjawat Awam DS Tengku Adnan Tengku Mansor ketika menghadiri majlis bacaan yassin & doa selamat anjuran PDM Puncak Puteri pada ahad lepas menggelar diri beliau sebagai hamba rakyat, "Saya adalah hamba kepada rakyat, rakyat yang memberi mandat untuk saya berkhidmat, janji saya akan membantu warga Putrajaya sebaik mungkin" kata beliau.

Majlis turut dimeriahkan dengan upacara memotong pulut kuning sebagai menyambut kelahiran UMNO yang ke 67. PRU13 baru-baru ini membuktikan bahawa parti UMNO masih relevan untuk mempertahankan maruah agama bangsa dan negara. Sebagai buktinya rakyat yang memilih masih mahukan Barisan Nasional kekal sebagai pemerintah. Jadi mandat yang diberikan harus dijadikan sebagai cabaran buat kerajaan dalam menyelesaikan masalah & perlu senantiasa mendahulukan rakyat.

Dalam pada itu, beliau menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba menabur fitnah & menghasut rakyat demi kepentingan peribadi, katanya lagi jika perkara seperti penipuan berlaku bagaimana Barisan Nasional gagal merampas kembali negeri Selangor & Pulau Pinang, selain menang tipis di beberapa negeri seperti Perak & Terengganu. Katanya lagi, adakah ada perbezaan SPR di setiap negeri? Negeri yang mereka menang mereka boleh terima, tetapi yang kalah mereka tidak boleh terima.Tambahnya, rakyat kini sudah muak dengan permainan pembangkang yang suka menggunakan hukum agama sebagai modal meraih sokongan. "kunci ke syurga bukan ditangan PAS" tegas Ku Nan.

Akhir ucapan, YB Penjawat Awam DS Tengku Adnan Tengku Mansor mahu rakyat menjaga apa yg sudah ada & sama-sama memperbaiki bahagian yang rosak. Jika tidak kita akan kehilangan perkara yg lebih besar daripada yang kita sedia ada.

Psttttt; ABU=ALLAH BERKATI UMNO

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Unity in Diversity

ZULKIFLI BIN NOORDIN

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN

Rakyat News - Tepat Dari Sumber

UMNO Online