Monday, 29 July 2013

Majlis Iftar & Penyampaian Bantuan Ihya' Ramadhan Presint 18

Bertempat di Surau Al Kauthar Presint 18 Putrajaya berlangsung Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Ihya' Ramadhan Khas untuk ibu Tunggal, anak-anak yatim dan keluarga yang berpendapatan rendah.







Alhamdulillah sambutan yang diberikan sangat memberangsangkan. Program berbuka puasa ini adalah usahasama Pusat Khidmat Masyarakat dan Surau-surau sekitar Putrajaya. Ramai penduduk yang gembira dengan program yang diadakan di kawasan mereka. "kami penduduk disini sangat teruja dengan kehadiran Datin Seri Aggriani yang sudi berbuka puasa bersama rakyat di sini dan terima kasih di atas bantuan yang disumbangkan." ulas salah seorang penduduk.


Dalam pada itu, Datin Seri Anggriani dalam ucapan ringkas beliau menyatakan terharu dan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan gembira kerana dapat bertemu lebih dekat dengan warga Presint 18.








"Dalam bulan yang mulia ini, kesepakatan yang wujud diantara kita semua akan lebih akrab dengan adanya majlis berbuka puasa dan kita mesti ingat bahawa kesenangan yang kita kecapi selama ini perlu dikongsi bersama dengan orang yang tidak berkemampuan supaya kegembiraan dalam menyambut hari raya tidak lama lagi dapat dikongsi bersama dan ia akan lebih meriah" tambah beliau.




Friday, 5 July 2013

BONGKAR! ALASAN KENAPA WARGA PUTRAJAYA KEKALKAN KU NAN!

Bertempat di Dewan Kejiranan Presint 16 berlangsung Majlis Sumbangan Nur Ramadhan Surau-Surau Parlimen Putrajaya & Sambutan Ulang Tahun Hari Lahir Beramai-ramai Parlimen Putrajaya.




















Sumbangan yang melibatkan 51 Surau berbentuk wang tunai dan barangan keperluan untuk membantu meringankan beban surau untuk moreh sepanjang bulan ramadhan nanti.


 

"Bantuan yang diberikan ini tidaklah sebanyak mana, tetapi yang lebih penting kita mahu sambutan bulan ramadhan nanti lebih meriah dan dapat mengimarahkan surau-surau di Putrajaya" kata Ku Nan.









Memang menjadi rutin YB Ku Nan setiap tahun memberi sumbangan khas kepada surau-surau di Putrajaya. Walaupun bukan bula puasa, YB tetap menyumbang dalam bentuk pengubahsuaian surau, pemberian perabot untuk surau, menaik taraf surau dan banyak lagi.

Dalam masa yang sama, sambutan hari lahir yang diadakan semalam mengumpulkan lebih daripada  500 pengundi sekitar presint 16. Upacara bermula dengan majlis memotong pulut kuning yang disempurnakan oleh YB dan Isteri bersama-sama dengan pengundi yang menyambut hari lahir pada bulan 5,6,7dan 8 2013.

 

 
 
PSSTTT; Ohhhhhhhhh... Patutla Husam Kalah! Agak-agak apa yang Husam tengah buat eh? mesti menangis teresak-esak. KAHAKAHKAHKAHKAH!

Thursday, 27 June 2013

Kenapa Husam Kalah dengan Ku Nan?





Malam semalam YB DS Ku Nan bersama Isteri dan keluarga beliau  berkesempatan untuk meluangkan masa lebih dari 1 jam untuk melihat dengan lebih dekat suasana malam di Festival Floria Putrajaya 2013.Beliau yang juga ahli parlimen Putrajaya hadir bukan atas jemputan khas, tetapi sekadar singgah untuk bersiar-siar selepas selesai program bersama ahli-ahli cawangan Matahari Presint 9.


 Sebelum pulang, YB Ku Nan berhenti di Jambatan Seri Wawasan untuk melihat suasana dari atas jambatan yang kerap dikunjungi ini. Beliau turut berbual dan bergambar bersama pengunjung di situ. 

psst; Aku malas nak tulis panjang-panjang sebab nanti puak haprak cakap Ku Nan saja nak tunjuk. Tapi kenyataan nya memag warga Putrajaya tak salah pilih pemimpin. Pemimpin berjiwa rakyat seperti ini yang perlu ada. Sentiasa mendekati rakyatnya dibawah tak kira masa dan tempat. Bukannya pemimpin yang menghasut rakyat berdemo dan membuat kacau bilau.











Usaha Datin Seri Aggriani Sentiyaki Bantu Golongan Ibu Tunggal & Suri Rumah Putrajaya

Dalam usaha membantu meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi golongan ibu tunggal di Putrajaya, Datin Seri Anggriani Sentiyaki Isteri kepada YB DS Ku Nan hari ini bercakap sebagai Penaung Art & Soul 2013-Enhancing Women's Entrepreneurship, program ini adalah sebuah inisiatif Miracle Venture dan Orlaith Inc dengan objektif untuk mengumpulkan peniagawati dari dalam dan luar negara yang menetap di Malaysia dan menginginkan peluang dan suasana aktif di dalam bidang perniagaan.

"Program ini juga dijangka memberi peluang yang lebih besar kepada usahawan ibu tunggal dan suri rumah yang rata-rata daripada mereka merupakan usahawan yang mampu berdaya saing serta mempunyai idea kreatif dan seni yang baik" kata Datin Seri.

Atas kapasiti Datin Seri sebagai penaung, beliau dalam ucapan ringkasnya mahu peluang ini diberi secara  praktikal kepada warga ibu tunggal dan suri rumah di Putrajaya. "kita akan bina sebuah pusat One Stop Center khusus buat golongan ini kerana kita mahu hasil seni kreatif mereka ini diberi platform untuk berkembang lebih luas" tegas beliau. 

Tambahnya lagi, sebagai Presiden Persatuan Suri Rumah dan Ibu-ibu Tunggal Putrajaya, beliau bertanggungjawab untuk membantu golongan ibu-ibu tunggal dan mahu hasil seni dan jiwa ini diangkat dan dibawa ke pasaran yang lebih luas seperti ke Indonesia. Oleh yang demikian, program yang berlangsung pada 29 Jun ini akan membawa hadirin ke sebuah perjalanan pengembaraan seni dan jiwa yang digarapkan bersama seni hiburan oleh pereka-pereka terkenal dari Indonesia antaranya Raden Sirait, Pereka kasut tersohor dari Malaysia Dato' Lewre Lew dan Erma Fatimah pengarah filem dan drama terkenal Malaysia.








Wednesday, 26 June 2013

Program Hari Jadi Pengundi Parlimen Putrajaya

 
   
   
 















Malam tadi jam 8.30 malam YB DS Ku Nan menghadiri program sambutan hari jadi bersama pengundi-pengundi saya daripada warga Presint 8. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Blok 1 Menara Seri Wilayah .

Tujuan majlis tersebut adalah untuk meraikan dan menghargai pengundi-pengundi yang lahir pada bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos Parlimen Putrajaya.

Dalam ucapan ringkas saya, dihadapan kira-kira 250 hadirin yang hadir. Saya mengingatkan tentang kepentingan menjaga hubungan sesama kita. Penyatuan yang wujud sejak sekian lama, haruslah dikekalkan memandangkan suasana politik Negara yang begitu genting. "Terlalu banyak anasir jahat yang cuba menggangu dan menggugat keharmonian yang telah kita bina sekian lama" tegas Ku Nan.

Majlis yang berkonsepkan santai memberi banyak ruang kepada tetamu yang hadir untuk beramah mesra bersama Ku Nan. Dikesempatan itu juga, YB DS Ku Nan dan isteri turut menyampaikan hadiah hari lahir kepada semua yang hadir.

 



Sunday, 23 June 2013

Memenuhi Jemputan Walimatulurus Anak kepada Dato' Sri Shahrizat Abdul jalil

Tengah hari tadi saya telah dijemput ke Walimatulurus Dato' Sri Dr. Mohamad Salleh & Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil. Anak lelaki beliau Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh adalah ahli cawangan Matahari dibawah bahagian saya Putrajaya.

Semoga kedua mempelai ini Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan isterinya Ramiliya Gabdulla Ikhsan diberkati Allah SWT dan kekal hingga akhir hayat.


Saturday, 15 June 2013

16 Jun 2013: YB Ku Nan ke Majlis Perkahwinan di Dewan Seberguna Presint 9.

Kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi Ku Nan telah memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan anak kepada pengundi di Putrajaya. Kedatangan beliau disambut dengan meriah sekali. Rata-rata hadirin yang hadir terkejut dengan kedatangan beliau kerana dalam kesibukan Ku Nan memenuhi jadual Menteri pagi tadi masih sempat meluangkan masa untuk menghadiri majlis ini.

Pssssttt; Alhamdulillah warga Putrajaya dapat YB yang betul-betul berjiwa rakyat. Nasib baik tidak pilih Husam, kalau tidak menangis je manjang.