Thursday, 27 June 2013

Kenapa Husam Kalah dengan Ku Nan?





Malam semalam YB DS Ku Nan bersama Isteri dan keluarga beliau  berkesempatan untuk meluangkan masa lebih dari 1 jam untuk melihat dengan lebih dekat suasana malam di Festival Floria Putrajaya 2013.Beliau yang juga ahli parlimen Putrajaya hadir bukan atas jemputan khas, tetapi sekadar singgah untuk bersiar-siar selepas selesai program bersama ahli-ahli cawangan Matahari Presint 9.


 Sebelum pulang, YB Ku Nan berhenti di Jambatan Seri Wawasan untuk melihat suasana dari atas jambatan yang kerap dikunjungi ini. Beliau turut berbual dan bergambar bersama pengunjung di situ. 

psst; Aku malas nak tulis panjang-panjang sebab nanti puak haprak cakap Ku Nan saja nak tunjuk. Tapi kenyataan nya memag warga Putrajaya tak salah pilih pemimpin. Pemimpin berjiwa rakyat seperti ini yang perlu ada. Sentiasa mendekati rakyatnya dibawah tak kira masa dan tempat. Bukannya pemimpin yang menghasut rakyat berdemo dan membuat kacau bilau.











Usaha Datin Seri Aggriani Sentiyaki Bantu Golongan Ibu Tunggal & Suri Rumah Putrajaya

Dalam usaha membantu meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi golongan ibu tunggal di Putrajaya, Datin Seri Anggriani Sentiyaki Isteri kepada YB DS Ku Nan hari ini bercakap sebagai Penaung Art & Soul 2013-Enhancing Women's Entrepreneurship, program ini adalah sebuah inisiatif Miracle Venture dan Orlaith Inc dengan objektif untuk mengumpulkan peniagawati dari dalam dan luar negara yang menetap di Malaysia dan menginginkan peluang dan suasana aktif di dalam bidang perniagaan.

"Program ini juga dijangka memberi peluang yang lebih besar kepada usahawan ibu tunggal dan suri rumah yang rata-rata daripada mereka merupakan usahawan yang mampu berdaya saing serta mempunyai idea kreatif dan seni yang baik" kata Datin Seri.

Atas kapasiti Datin Seri sebagai penaung, beliau dalam ucapan ringkasnya mahu peluang ini diberi secara  praktikal kepada warga ibu tunggal dan suri rumah di Putrajaya. "kita akan bina sebuah pusat One Stop Center khusus buat golongan ini kerana kita mahu hasil seni kreatif mereka ini diberi platform untuk berkembang lebih luas" tegas beliau. 

Tambahnya lagi, sebagai Presiden Persatuan Suri Rumah dan Ibu-ibu Tunggal Putrajaya, beliau bertanggungjawab untuk membantu golongan ibu-ibu tunggal dan mahu hasil seni dan jiwa ini diangkat dan dibawa ke pasaran yang lebih luas seperti ke Indonesia. Oleh yang demikian, program yang berlangsung pada 29 Jun ini akan membawa hadirin ke sebuah perjalanan pengembaraan seni dan jiwa yang digarapkan bersama seni hiburan oleh pereka-pereka terkenal dari Indonesia antaranya Raden Sirait, Pereka kasut tersohor dari Malaysia Dato' Lewre Lew dan Erma Fatimah pengarah filem dan drama terkenal Malaysia.








Wednesday, 26 June 2013

Program Hari Jadi Pengundi Parlimen Putrajaya

 
   
   
 















Malam tadi jam 8.30 malam YB DS Ku Nan menghadiri program sambutan hari jadi bersama pengundi-pengundi saya daripada warga Presint 8. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Blok 1 Menara Seri Wilayah .

Tujuan majlis tersebut adalah untuk meraikan dan menghargai pengundi-pengundi yang lahir pada bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos Parlimen Putrajaya.

Dalam ucapan ringkas saya, dihadapan kira-kira 250 hadirin yang hadir. Saya mengingatkan tentang kepentingan menjaga hubungan sesama kita. Penyatuan yang wujud sejak sekian lama, haruslah dikekalkan memandangkan suasana politik Negara yang begitu genting. "Terlalu banyak anasir jahat yang cuba menggangu dan menggugat keharmonian yang telah kita bina sekian lama" tegas Ku Nan.

Majlis yang berkonsepkan santai memberi banyak ruang kepada tetamu yang hadir untuk beramah mesra bersama Ku Nan. Dikesempatan itu juga, YB DS Ku Nan dan isteri turut menyampaikan hadiah hari lahir kepada semua yang hadir.

 



Sunday, 23 June 2013

Memenuhi Jemputan Walimatulurus Anak kepada Dato' Sri Shahrizat Abdul jalil

Tengah hari tadi saya telah dijemput ke Walimatulurus Dato' Sri Dr. Mohamad Salleh & Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil. Anak lelaki beliau Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh adalah ahli cawangan Matahari dibawah bahagian saya Putrajaya.

Semoga kedua mempelai ini Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan isterinya Ramiliya Gabdulla Ikhsan diberkati Allah SWT dan kekal hingga akhir hayat.


Saturday, 15 June 2013

16 Jun 2013: YB Ku Nan ke Majlis Perkahwinan di Dewan Seberguna Presint 9.

Kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi Ku Nan telah memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan anak kepada pengundi di Putrajaya. Kedatangan beliau disambut dengan meriah sekali. Rata-rata hadirin yang hadir terkejut dengan kedatangan beliau kerana dalam kesibukan Ku Nan memenuhi jadual Menteri pagi tadi masih sempat meluangkan masa untuk menghadiri majlis ini.

Pssssttt; Alhamdulillah warga Putrajaya dapat YB yang betul-betul berjiwa rakyat. Nasib baik tidak pilih Husam, kalau tidak menangis je manjang.

Majlis Perasmian Jalan Pintasan Menghubungkan Jalan Taman Intan Baiduri Dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2)

Alhamdulillah.  Pagi ini YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Datuk KSU berkesempatan merasmikan Majlis Perasmian Jalan Pintasan Menghubungkan Jalan Taman Intan Baiduri Dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Dalam ucapan perasmian tersebut YB Menteri mengucapkan tahniah kepada DBKL dan kontraktor kerana berjaya menyiapkan projek tepat pada masanya. "Walaupun pelbagai masalah dan kekangan yang di hadapi tetapi projek ini dapat disiapkan dengan baik sekali"  tegas YB Menteri.

Dalam pada itu YB Menteri turut mengingatkan agar kemudahan yang disediakan dapat digunakan dan dijaga baik. "Kerajaan sentiasa mengutamakan masalah rakyat dan berasaskan kepada kemampuan yang sedia ada, kerajaan akan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya" tambah YB Menteri. Selain itu perkara lain yang turut ditekankan YB Menteri adalah faktor kebersihan kawasan kediaman yang mana beliau mahukan agar kawasan tempat tinggal sentiasa bersih dan mengelakkan penyebaran wabak penyakit berjangkit.

Dikesempatan itu YB Menteri meluangkan masa hampir 30 minit untuk berdialog bersama penduduk setempat.  Banyak perkara yang dicadangkan dan kesungguhan YB Menteri dalam kata-kata beliau akan cuba membantu menunaikan permintaan tersebut.

Friday, 14 June 2013

GEMPAR KU NAN BELASAH NADI PUTRA?

Pagi ini YB Penjawat Awam DS Tengku Adnan Tengku Mansor telah membuat kunjungan dan mendengar taklimat khas yang disampaikan oleh  CEO Nadi Putra. Ku Nan meluangkan masa lebih dari 2 jam untuk melihat dengan sendiri sistem operasi yang diguna pakai, penyelenggaraan bas nadi putra dan melihat rasional aduan yang diterima beliau mengenai masalah Nadi Putra.


Dalam taklimat tersebut, Ku Nan dengan nada serius menekankan tentang kepentingan penjadualan bas henti-henti, kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi yang ditanggung oleh kerajaan yang mencecah lebih dari RM 70 juta, menaikkan gaji pemandu bas, cadangan menaikkan kadar tambang daripada RM 0.50 kepada RM 1.00.


Ketika ditanya mengenai perkhidmatan monorail, YB Ku Nan memberitahu bahawa untuk mewujudkan monorail di Putrajaya minimum populasi adalah 500 ribu orang, buat masa sekarang tidak ada kepentingan untuk membazirkan wang kerana perkhidmatan bas Nadi Putra adalah sangat baik dan yang perlu dilakukan adalah menambah baik beberapa perkara seperti penyusunan semula jadual bas dan menyelesaikan masalah laluan bas di kawasan traffik yang sesak untuk sampai ke destinasi tepat pada masanya.


Tambahan beliau, Nadi Putra akan memperkenalkan satu lagi perkhidmatan Van yang boleh memuatkan 15 orang penumpang dalam satu masa. Ini akan membantu penduduk di Putrajaya terutamanya yang tinggal di kawasan yang sukar untuk bas masuk. Selain itu, beliau turut menerangkan tentang kaedah baru yang akan diguna pakai dengan menggunakan medium sebagai wakil rakyat, melalui pusat khidmat masyarakat parlimen Putrajaya, akan mendapatkan respon daripada penduduk berkenaan dengan perkhidmatan bas, hebahan mengenai tawaran pakej servis yang diberikan oleh nadi putra, serta memberi pencerahan mengenai rasional kenaikan harga tambang sama ada penduduk bersetuju atau tidak.

Antara pakej yang terbaik yang ditawarkan oleh Nadi Putra adalah "Park & Ride". "Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada warga Putrajaya terutamanya yang datang melawat ke sini kerana mereka hanya perlu letak kenderaan di kawasan 'Park & Ride' kemudian naik bas untuk ke mana-mana destinasi di Putrajaya dengan free, yang perlu dibayar hanyalah kos meletak kenderaan hanya RM 2.00 sahaja" kata Ku Nan.

Akhir sekali, YB DS Ku Nan memberi tempoh sebulan kepada Nadi Putra untuk mengkaji semula dan memberi laporan kepada beliau kerana apa yang ditekankan adalah masalah rakyat, "kita tidak mahu rakyat merana, kita mahu berikan yang terbaik buat rakyat dan apa yang kita mahu rakyat memberi sokongan dan sama-sama membantu dengan misi memakmurkan Putrajaya" katanya.