Tuesday, 12 November 2013

Misi Kemanusiaan UMNO Putrajaya ke Kemboja

Detik 7hb November menjadi saksi rombongan 51 orang ahli UMNO Putrajaya yang terdiri daripada Ketua Pemuda UMNO Cawangan dan beberapa orang Ketua Cawangan yang dipilih mewakili Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke Kemboja. Misi yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya iaitu Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim meniti sebuah perjalanan yang sangat menyentuh hati.

Rombongan yang terbang ke Kemboja ini membawa matlamat penting dalam misi membantu umat Islam di sana. Jika hendak dikongsikan pengalaman penulis sama sekali berbeza dengan realiti sebenar. Tetapi moral yang penulis belajar adalah tahap kesabaran serta kesungguhan ummat Islam di Kemboja dan bertapa bersyukur nya penulis pada nikmat Allah SWT yang tidak terhingga.

Dua buah kampung Islam yang penulis bersama rombongan pergi adalah ke Kampung Chyar Chewar dan kampung Luong Commune. Ini antara perkampungan Islam dan ada lagi perkampungan kecil Islam yang lain, disebabkan kumpulan Islam di sini adalah minoriti jadi mereka hidup dalam keadaan yang sangat daif dan berpecah belah tetapi penulis yakin melihatkan suasana dan fasiliti yang ada di sini, mereka ketinggalan jauh berpuluh tahun berbanding negara kita Malaysia. Agama rasmi di Kemboja adalah Buddha tetapi semua agama bebas melakukan dan mengamalkan upacara keagamaan masing-masing, dan ini satu perkara yang penulis sanjung dengan budaya dan saling hormat menghormati sesama mereka.

Lokasi pertama yang penulis bersama rombongan pergi adalah ke Madrasah Al-Iman di Kampung Chyar Chewar Phonm Penh. Untuk makluman, Madrasah ini adalah pusat utama pengumpulan ketua-ketua madrasah seluruh Kemboja. Walaubagaimanapun, pusat utama ini tidak sedikit pun mencerminkan keadaannya yang sebenar. Tapak madrasah ini dikongsi bersama dengan sebuah Masjid yang bersebelahan dengan pusat pengajian ini, alangkah sedihnya melihat keadaan pelajar tahfiz yang belajar dalam suasana serba kerkurangan tetapi hanya berbekalkan semangat dan iktizam untuk menuntut ilmu akhirat menjadi bekalan mereka.


Penulis sempat berbual dengan salah seorang pelajar tahfiz yang berasal dari negeri Kelantan, beliau dihantar oleh bapanya ke sini, dan sudah lebih setahun beliau di Kemboja. Adik Ishak merupakan salah seorang daripada 250 pelajar tahfiz. Melihatkan semangat adik Ishak ini terdetik di hati penulis bagaimana adik ini mampu berdikari dan tinggal jauh beribu batu dari keluarga tersayang. Jauh berbeza jika dibandingkan dengan madrasah di Malaysia, lengkap dengan sumber air bersih, hostel dan sekurang-kurangnya dapat tidur di atas tilam, tetapi di sini mereka tidur beramai-ramai di kawasan lapang dan tempat itu jugalah yang dijadikan kelas pengajian mereka.

Penulis serta rombongan meluangkan masa lebih 2 jam di Madrasah ini, menurut seorang Ustaz yang juga tenaga pengajar di Madrasah Al Iman beliau memberitahu kesemua pelajar yang menamatkan pengajian di sini akan dihantar ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak hairanlah sumber buku banyak yang datang dari Malaysia, ada juga diantara mereka yang sekarang diperingkat terakhir untuk dihantar ke Malaysia dan sangat fasih berbahasa Melayu. Sebelum pulang, Datuk Nordin Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya mewakili semua menyampaikan sedikit ucapan dan sumbangan berbentuk sejadah, Al Quran dan telekung kepada masjid dan madrasah. Dalam pada itu, sumbangan wang tunai hasil kutipan derma ikhlas daripada peserta rombongan turut diberikan sebagai membantu meringankan sedikit bebanan yang ditanggung mereka.

Peserta rombongan bergambar kenangan bersama tenaga pengajar di Madrasah Al Iman
Rombongan turut ke sebuah lagi kampung di bahagian pedalaman Phom Penh iaitu kampung Luong Commune, di sini kami dibawa melawat ke Masjid Nourussalam yang menjadi pusat pengumpulan komuniti Islam di sini. Kami melawat dan mendalami kehidupan masyarakat Islam Kemboja dengan lebih dekat lagi. Melihatkan rumah mereka dan fasiliti seharian penulis tidak dapat membayangkan bagaimana mereka mampu untuk berdikari dengan keadaan rumah yang sempit, mandi hanya di sungai dan kanak-kanak tidak mendapat pendidikan yang mencukupi. Begitu bersyukur penulis dengan kehidupan di Malaysia bagaimana ummat Islam di sini yang dapat menjalankan ibadat dan hidup dengan aman. Melayan karenah kanak-kanak ini, penulis serta merta membayangkan keriangan kanak-kanak Malaysia yang jauh sekali nak disamakan dengan mereka di sini.

Sama seperti di Madrasah Al Iman, kali ini Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim Ketua Pemuda UMNO Putrajaya mewakili rombongan menyampaikan sedikit bantuan wang tunai dan barangan kelengkapan masjid seperti sejadah dan telekung serta naskah Al Quran untuk kegunaan Masjid Nourussalam. Walaupun dengan bantuan yang tidak seberapa ini, tetapi melihat riak wajah mereka begitu terharu dan bersyukur dengan bantuan yang diterima. Mungkin bantuan ini tidaklah sehebat mana, tetapi nilai yang diberikan In Shaa Allah membantu memberikan semangat dan mengukir detik indah kami di sini.

Kegembiraan terpancar apabila melihat wajah anak-anak ini ketika Saudara Ketua Pemuda Ahmad Faisal Abdul Karim yang membelikan aiskrim untuk kanak-kanak ini
Bergambar sebelum pulang bersama masyarakat Islam di Kampung Luong Commune

Nyata pengalaman yang singkat ini memberi sejuta erti buat semua peserta rombongan kemanusiaan ke Kemboja, sedikti sebanyak penulis belajar tentang erti sebenar kehidupan dan mensyukuri nikmat Allah SWT di bumi bertuah Malaysia ini. Selama penulis di Kemboja, azan berkumandang sama seperti di Malaysia. Lihat, walaupun Islam bukan agama rasmi tetapi penganut lain tidak langsung mempertikaikan soal azan ataupun soal penyembelihan ketika raya korban. Perbezaaan agama tidak menjadikan mereka berpecah belah malah tetap bersatu dan membentuk negara yang berjaya. Tidak langsung kedengaran pergaduhan konflik agama atau pergaduhan sesama saudara di sini. Mungkin kematangan masyarakat Kemboja yang rakyat Malaysia harus contohi. Biar fasiliti kelas rendah, tetapi jangan mentaliti rakyatnya yang rendah.

Timbalan Menteri Sengaja Bakar Sentimen Agama?


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, hari ini menyelar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai tidak berhak mencampuri urusan Hindu.

Menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia, P Waythamoorthy, menyatakan Tengku Adnan tiada hak menyatakan apa yang tempat suci dan apa yang kuil. (“no business in interpreting what amounts to a shrine or temple”).

“Sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, beliau sepatutnya menghormati perasaan dan sensitiviti penganut Hindu, bukannya mempertahankan tindakan tidak bertanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.” ["As a federal minister he should respect the feelings and sensitivities of Hindus, instead of justifying an unconscionable act by the Kuala Lumpur City Hall (DBKL)."]

Keputusan merobohkan ini merupakan arahan Mahkamah dan perlu dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sekira Tengku Adnan tidak berhak mempertahankan para pegawai DBKL yang menjalankan tugas dan arahan Mahkamah, siapakah yang layak?




Ini bukan isu agama Hindu. Ini isu undang-undang. Jika Waytamoorthy sebagai Timbalan Menteri tidak boleh menghormati undang-undang, apakah rakyat Malaysia perlu patuh kepada undang-undang?

Kuil tidak diruntuhkan. Sepatutnya sebagai Timbalan Menteri dan Pengerusi Hindraf, Waythamoorthy menggunakan kedudukannya untuk menyelesaikan masalah, bukannya membakar sentimen keagamaan.


Ini merupakan kali ketiga Waythamoorthy menghina Mahkamah dan pihak berkuasa. Sebelum ini beliau mempertikaikan tindakan Mahkamah kerana tidak membebaskan abangnya. 

Sumber: mykmu.net

Lihat video kenyataan Ku Nan berkenaan isu kuil. Klik sini http://youtu.be/Grwbankq0z8




Monday, 7 October 2013

PANAS!!! NGO serta Pemimpin Masyarakat Komuniti Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Tony Pua

"Tony Pua pengkhianat! Beliau harus memohon maaf, orang macam Tony harus dikenakan tindakan dibawah akta hasutan" Itulah antara kata-kata yang dilontarkan kepada Ketua Publisiti DAP Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara kerana kebiadapan beliau yang menggelar ROS sebagai anjing UMNO.

Sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau seharusnya bersikap professional. Beliau sendiri seharusnya tahu tentang peranan ROS yang bertindak sebagai sebuah badan kerajaan yang hanya melaksanakan tugas dan penyiasatan. Itupun setelah laporan dibuat oleh ahli parti DAP sendiri berkenaan dengan Isu Pemilihan CEC yang lepas. UMNO juga suatu ketika dahulu pernah diharamkan, tetapi bersikap terbuka dan mencari jalan penyelesaian dan tidak pernah langsung mengaitkan keputusan Mahkamah dengan pengaruh mana-mana pihak.



Kira-kira jam 2 petang tadi, lebih daripada 20 orang wakil dari UMNO Cawangan Putrajaya serta Pemimpin NGO hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya Presint 7 untuk membuat laporan Polis dan mengutuk kenyataan Tony Pua yang mencemarkan maruah parti UMNO. Antara NGO yang terlibat termasuklah Kelab Belia Komuniti Putrajaya (KBKP), KEMAS dan pemimpin masyarakat di Putrajaya. 

"Beliau seharusnya dikenakan tindakan keras kerana jika tidak beliau akan lebih biadap dan tidak menghormati orang melayu, parti UMNO adalah parti yang manjoritinya mewakili orang Melayu, dengan kenyataan biadap beliau seperti itu seolah menyamakan orang Melayu dengan anjing" kata salah seorang aktivis belia.



Tony Pua cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada pemilihan CEC yang tercalit dengan pelbagai isu. Sudah menjadi kebiasaaan bagi DAP untuk menyalahkan UMNO dalam pelbagai perkara. Tak pelik jika pokok bergoyang pun mereka akan salahkan UMNO. Sebagai sebuah parti yang dianggotai oleh ramai peguam, DAP seharusnya lebih arif berkenaan undang-undang tetapi mereka sebaliknya dengan mengambil jalan mudah menyalahkan orang lain.

Thursday, 26 September 2013

Kunan bersama Warga Presint 8: Solat Hajat Buat Anak-anak Putrajaya


YB Kunan dan Datin Seri selepas menghadiri majlis bacaan yassin dan doa selamat mantan Menteri Besar Kedah, beliau ke Surau Al Amin fasa 4C di Presint 8 untuk menghadiri Majlis Solat Hajat untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. 

YB kunan turut mengajak makmum untuk sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada Siti Rohaini 30 yang mengalami kemalangan di Sentul, arwah merupakan isteri kepada seorang anggota polis.

Laporan mengatakan arwah meninggal dunia kerana dilanggar oleh sebuah lori di Sentul. Mari sama-sama kita sedekah Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Kunan adakan Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat Buat Allahyarham TanSri Azizan Razak



Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya dan Isteri Datin Seri Anggriani Sentiyaki serta sebahagian ahli UMNO Putrajaya ketika Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa selamat buat Mantan Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Razak yang telah meninggal dunia pagi tadi akibat kompilasi jantung di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah.

Majlis yang berlangsung di Cawangan UMNO Bunga Matahari tersebut diketuai oleh Imam Besar Masjid Putra Ustaz  Abdul Manaf bin Haji Mat.

Warga Putrajaya turut merasai kehilangan seorang tokoh politik yang berwibawa walaupun berbeza ideologi namum sebagai umat islam kita harus mengenepikan kepentingan individu dan sentiasa mendoakan sesama ummat.

Semoga roh Allahyarham Tan Sri Azizan ditempatkan kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.




Monday, 2 September 2013

[VIDEO] PANAS!! Menteri Wilayah Persekutuan Arah Roboh Kuil?! Isu Sebenar Terjawab!


 
Kecoh tengahari tadi bila sekumpulan aktivitis membuat demontrasi dihadapan kuil Sri Munewarar Kaliyaman di Jalan P. Ramlee. Tujuan demo ini diadakan kerana membantah tindakan DBKL yang dikatakan akan meroboh kuil yang berusia lebih 101 tahun itu. Antara aktivis yang berdemo termasuklah Fahmi Reza yang video kontroversi beliau ketika demonstrasi pembangkang di Dataran Merdeka tahun lepas

Kawasan Tapak kuil tersebut adalah kawasan hak milik Hap Seng yang akan dibangunkan untuk projek pembangunan dan mencantikkan semula kawasan tersebut. Mahkamah juga telah mengeluarkan surat arahan meorobohkan kuil tersebut. Tetapi pihak berkuasa DBKL hanya merobohkan tapak restoran yang diubah suai tanpa permit. Sudahlah dibina diatas tapak haram, boleh lagi menjalankan perniagaan haram. Ini secara langsung merencatkan pemandangan dan boleh mendatangkan bahaya kepada ramai orang.

 
Sebenarnya, BTMW nak bagitau yang polemik ini didalangi oleh sebuah pihak yang tidak bertanggungjawab. mereka sengaja mengapi-apikan perkara yang tidak masuk akal. Yang berlaku sekarang adalah merobohkan tapak restoran haram yang dibina, dan membina dinding penghadang, pihak berkuasa masih lagi mengekalkan kuil yang sedia ada. Ketua Setiausaha KWP turut memberitahu bahawa DBKL sudah berunding dengan pihak kuil sejak sekian lama, pihak DBKL juga telah bersetuju untuk memindahkan tapak sedia ada kepada tapak baru dan segala kos pembinaan semula kuil akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak DBKL.

 
BTMW tak salahkan aunty yang berdemo tu, tapi kesiankan dia yang dipermainkan emosi nya oleh puak jahanam yang memang suka mencari publisiti murahan. Bila kena gasak dengan Menteri senyap terdiam tak mampu nak jawab. Katanya seorang peguam, tapi peguam yang tak ada otak, cakap dengan Menteri terjerit-jerit macam monyet. Bila ditunjukkan surat Mahkamah katanya telah dibatalkan, bila ditanya siapa yang membatalkan surat Mahkamah? *Krik...krik.....krik

Bukti Kuil tidak dirobohkan. Gambar kecil menujukkan tapak kuil diubah suai dan dibina sebuah restoran yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai.
 
BACA LAGI DI SINI [VIDEO] PANAS!! Menteri Wilayah Persekutuan Arah Roboh Kuil?! Isu Sebenar Terjawab!

Saturday, 17 August 2013

17/8/2013 Memenuhi Tiga Jemputan Perkahwinan di sekitar Putrajaya

Menjadi kebiasaan bagi Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Menteri Wilayah Persekutuan memenuhi jemputan majlis perkahwinan pengundi di sekitar Putrajaya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, cukup dikenali dengan sifatnya yang bersahaja dan mesra jika berjumpa dengan warga Putrajaya.

Program YB Kunan sepanjang hari ini 17/8/2013

Majlis Perkahwinan Datuk Haitamin Ishak (Vice Presiden Bahagian Perkhidmatan Korporat)





Majlis Perkahwinan di Presint 16





Majlis Perkahwinan Staff Pejabat Muhammad Syibree Saharudin (Sg. Ramal, Kajang)