Friday, 3 May 2013

BONGKAR!! Husam bayar seribu untuk UNDI ROSAK!

Mesej ini diterima ketika penulis sedang asyik melayan ceramah Ustaz Rujhan di PDM Presint 16. Terkejut bila tiba-tiba rakan penulis menunjukkan mesej yang dihantar daripada no yang tidak dikenali.

Sampai entri ini ditulis, penulis masih lagi berfikir apa motif yang sebenar Pas Putrajaya ingin lakukan. Adakah ini cara demokrasi yang mereka mahukan. Apa yang akan berlaku jika mereka gagal menawan Putrajaya!? Adakah benar huru-hara yang dicanang akan dilakukan bakal berlaku?

Betul apa kata Ustaz Rujhan, PAS adalah parti yang sesat & menggunakan Islam semata-mata untuk kepentingan politik. Ulamak habis dihalau keluar, bak kata Ustaz Rujhan Parti Artis Semalaysia.

SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN UMMAT!

TOLAK HUSAM, TOLAK BAPAK RASUAH!

YB Penjawat Awam bersantai di Pasar Tani

Penulis tak sangka dengan sambutan pengundi di Putrajaya hari ini bila YB Penjawat Awam kita DS Tengku Adnan Tengku Mansor hadir bersama Isteri ke Pasar Tani Putrajaya.

Ramai juga yang terkejut dengan kehadiran DS Ku Nan yang dengan spontan menyapa pengunjung & para peniaga.

Tidak cukup dengan itu, orang ramai yang sempat bersalam sambil melaungkan 'Hidup Ku Nan!' juga menjadi perhatian disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai di pasar tani tadi. Penulis juga berasa sangat terharu dengan pengundi Putrajaya yang begitu sayangkan DS Ku Nan.

Dengan nada yang sama, rata-rata pengunjung mengakui tentang jasa & keprihatinan DS Tengku Adnan dalam menjalankan amanah yang diberikan. Tanpa segan silu ramai yang menyatakan sokongan penuh kepada DS Ku Nan sekaligus mahu beliau mempertahankan kerusi parlimen Putrajaya supaya ia kekal milik Barisan Nasional.

SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN UMMAT 

Thursday, 2 May 2013

Pencapaian Ku Nan Di Putrajaya

Kami warga Putrajaya Sayang Ku Nan, Kami warga Putrajaya sahaja yang tahu perit getir Ku Nan berjuang untuk komuniti di sini. Daripada sebuah bandar pentadbiran yang elit, tapi kini ia menjadi sebuah bandar komuniti yang mesra dalam taman dengan fasiliti penduduk kelas pertama dan tahap keselamatan yang tinggi. 

Kemakmuran yang kami kecapi semenjak pembukaan Putrajaya pada tahun 2000 dicemari kini apabila ada campur tangan luar yang cuba membawa mesej jahat dan fitnah terhadap DS Ku Nan dan mereka ini telah memecah-belahkan komuniti di sini. Bermula dengan isu fitnah peletakan AJK Surau, isu merasuah pengundi sehinggalah kepada gerakan rumah ke rumah yang mencalit dakwat kekal sebelum hari pengundian. 

Kami warga Putrajaya telah sepakat untuk tentang habis-habisan pengaruh jahat orang luar seperti Husam yang mengkucar-kacirkan Putrajaya.





SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN UMMAT

Pengundi Putrajaya Muak Dengan Taktik Pembangkang

Husam pergi jaga Salor la
Orang Putrajaya tak perlu orang luar!


SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN UMMAT

YB Penjawat Awam Memeriahkan Program Mesra Jalan Kaki Bersama Perbadanan Putrajaya

Hari ini YB Penjawat Awam DS Tengku Adnan Tengku Mansor meluangkan masa hampir sejam bersama kakitangan penjawat awam untuk bersama menyertai program jalan kaki santai di Putrajaya dengan jarak 10 km.

Program yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya telah menjemput DS Tengku Adnan Tengku Mansor untuk bersama melepaskan para peserta. Sebelum itu, dalam ucapan Tan Sri Aseh, beliau berkata hubungan rapat beliau dengan DS Tengku Adnan umpama adik beradik, banyak perkara yang dikongsi bersama kebanyakkannya yang melibatkan masalah komuniti di Putrajaya yang rata-ratanya adalah penjawat awam. Jadi hubungan baik yang terjalin antara kami berdua memudahkan urusan tambahan pula banyak yang melibatkan penduduk di Putrajaya.

DS Tengku Adnan dalam ucapan ringkasnya merayu agar diberi mandat untuk terus berkhidmat untuk komunti di Putrajaya & banyak program serta perancangan yang khusus untuk warga Putrjaya bersama Perbadanan akan dilaksanakan agar komuniti disini dapat hidup dalam keadaan aman, selesa dengan fasiliti kelas pertama.








Wednesday, 1 May 2013

Perjumpaan DS Tengku Adnan Bersama Usahawan Tekun

Aura YB Penjawat Awam DS Tengku Adnan hari ini diteruskan lagi dengan perjumpaan bersama Usahawan Tekun Nasional di PDM Metropolitan Presint 9.

Perjumpaan yang dihadiri hampir 300 Usahawan Tekun Putrajaya telah berjaya mencapai motifnya yang sebenar. Datuk Rahim CEO Tekun dalam ucapan beliau berkata, Tekun Putrajaya telah meluluskan kesemua permohonan untuk individu yang memohon untuk modal perniagaan. Tambahan beliau, segala proses permohonan ini diluluskan atas inisiatif & usaha DS Tengku Adnan yang bekerja keras mahukan komuniti di Putrajaya mesra perniagaan.

Di akhir ucapan beliau, Datuk Rahim dengan nada yang tegas mahukan Putrajaya terus kekal di bawah pemerintahan Barisan Nasional & mendoakan agar DS Tengku Adnan menang sekaligus mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya.

Psstt; Husam meroyan, sampai sanggup bayar pengundi. Duit kambing la tu. Kihkihih.

Satu UNDI untuk PAKATAN
Satu UNDI kepada PERPECAHAN

PANAS!! HUSAM terdesak bayar pengundi?

Woooooo!!! Gempar bila penulis dapat email pasal laporan polis yang dibuat oleh pengundi Putrajaya hari ini.

Tak payah nak membebel panjang, biar gambar menjadi saksi. Tapi penulis dah tau apa yang macai akan jawab. Video pun dikatakan besi, apatah lagi gambar ni.

Psstt; Husam semakin terdesak. Kihkihkih.

Satu UNDI untuk pakatan
Satu UNDI kepada BAPAK RASUAH!