Hari ini YB Penjawat Awam DS Tengku Adnan Tengku Mansor meluangkan masa hampir sejam bersama kakitangan penjawat awam untuk bersama menyertai program jalan kaki santai di Putrajaya dengan jarak 10 km.
Program yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya telah menjemput DS Tengku Adnan Tengku Mansor untuk bersama melepaskan para peserta. Sebelum itu, dalam ucapan Tan Sri Aseh, beliau berkata hubungan rapat beliau dengan DS Tengku Adnan umpama adik beradik, banyak perkara yang dikongsi bersama kebanyakkannya yang melibatkan masalah komuniti di Putrajaya yang rata-ratanya adalah penjawat awam. Jadi hubungan baik yang terjalin antara kami berdua memudahkan urusan tambahan pula banyak yang melibatkan penduduk di Putrajaya.
DS Tengku Adnan dalam ucapan ringkasnya merayu agar diberi mandat untuk terus berkhidmat untuk komunti di Putrajaya & banyak program serta perancangan yang khusus untuk warga Putrjaya bersama Perbadanan akan dilaksanakan agar komuniti disini dapat hidup dalam keadaan aman, selesa dengan fasiliti kelas pertama.
0 comments:
Post a Comment