Thursday 9 May 2013

MP Pembangkang Jangan Angkat Sumpah!!

Ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang dicabar supaya tidak mengangkat sumpah di Dewan Rakyat sekiranya enggan mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Pusat, Mohd. Hisamudin Yahya berkata, tindakan memulau majlis angkat sumpah adalah kaedah terbaik untuk menunjukkan tanda protes mereka."Tak sudah-sudah suruh rakyat berhimpun tolak keputusan tapi nanti mereka pergi angkat sumpah juga, adakah mereka hendak memperbodohkan rakyat untuk kepentingan sendiri.

"Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak susahkan rakyat, adakah kerana beliau mahu melepaskan tekanan selepas merasa tertekan pengundi-pengundi Cina yang telah mereka tipu, kononnya akan ambil alih Putrajaya tetapi gagal,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive