Friday 3 May 2013

Pengundi KIMMA Teguh Bersama DS Tengku Adnan

"Hidup BN, Hidup Ku Nan!" itulah antara kata-kata yang menyambut ketibaan YB Penjawat Awam DS Tengku Adnan ketika beliau hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Pengundi KIMMA di PDM Metropolitan tengahari tadi.

Terharu apabila mendengar laungan & sambutan meriah yang diberikan oleh KIMMA Putrajaya. "Ini adalah tanda bahawa pengundi di Putrajaya dari segenap bangsa menolak Husam Musa di Putrajaya" kata Tengku Adnan.

DS dalam ucapan ringkas beliau menghargai semangat & usaha keras KIMMA Putrajaya dalam membantu beliau memenangi kerusi Parlimen Putrajaya sekaligus mempertahankan kerusi beliau sebelum ini.

Dalam nada yang sama, Presiden KIMMA YB Senator Dato' Syed Ibrahim bin Kader mahu pengundi di Putrajaya memberikan mandat kepada DS Tengku Adnan & menolak Husam sebagai orang luar yang mahu menumpang kesenangan diatas kesusahan orang lain.

Majlis yang turut disertai oleh barisan artis tanah air antaranya Norman KRU yang turut memberikan kata-kata semangat & berharap agar pengundi lebih bijak membuat keputusan. "pengundi di Putrajaya tahu siapa yang lebih berhak menjadi wakil mereka, dalam masa DS Tengku Adnan menjadi wakil rakyat banyak isu & masalah komuniti berjaya diselesaikan" kata Norman dalam ucapannya.

SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN UMMAT

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive