Monday 13 May 2013

Majlis Bacaan Yassin & Doa selamat sempena Hari Lahir UMNO

Alhamdulilah bersempena dengan sambutan Hari Lahir UMNO yang ke 67 UMNO Bahagian Putrajaya telah mengadakan Majlis Doa Selamat & Bacaan Yassin yang bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Putrajaya, Presint Diplomatik.
Majlis yang dihadiri oleh YB Penjawat Awam DS Tengku Adnan Tengku Mansor turut serta adalah Ketua-Ketua Cawangan, AJK UMNO Bahagian, Pemuda & Puteri serta ahli UMNO Putrajaya.
Dalam amanat beliau, DS Tengku Adnan Tengku Mansor mahu UMNO Putrajaya terus mendahulukan rakyat & mengambil kira pandangan orang muda. Beliau menggesa agar Pemuda Umno terutamanya terus menerus memainkan peranan dalam usaha membawa generasi baru memahami perjuangan asas UMNO yang mempertahankan agama, bangsa & tanahair.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive