Wednesday, 3 April 2013

Sejarah Pewujudan Kerusi Parlimen P125 Putrajaya


1.0       PENGENALAN

Sebelum kita melangkah ke persainagn PRU-13, alangkah moleknya kalian mengetahui bagaimana sejarah  persempadanan bagi menwujudkan kerusi Parlimen Putrajaya. Ramai masyarakat di luar sana termasuklah aktivis-aktivis politik di Putrajaya yang gagal atau tidak mengetahui bagaimanakah dan bilakah kerusi Parlimen P125 Putrajaay diwujudkan. Justeru itu, mari kita sama-sama membaca artikel yang tidak seberapa akademik ini untuk ilmu dan menambahkan pengetahuan yang sedia cetek.

1.1       KEWUJUDAN KERUSI PARLIMEN PUTRAJAYA

Persempadanan semula Bahagian Pilihan Raya Parlimen P125 Putrajaya telah dibuat selepas pewujudan Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 1 Februari 2001 melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001 [Akta A 1095] yang mewujudkan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang diluluskan di Parlimen dan berkuatkuasa pada 1 Februari 2001. Mengikut perkara 113 (3A) Perlembagaan Persekutuan, satu urusan ulangkajian persempadanan Bahagian Pilihan Raya perlu diadakan bagi Bahagian Pilihan Raya yang terjejas dan ulangkajian ini hendaklah diselesaikan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh kuatkuasanya undang-undang.  Ini bererti urusan persempadanan semula Bahagian Pilihan Raya Putrajaya perlu diselesaikan oleh SPR tidak lewat dari 31 Januari 2003. baca lagi disini; Sejarah Parlimen P125 Putrajaya

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive