Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Friday, 26 April 2013

Takziah buat Keluarga Allahyarham Datuk Saharuddin Ibrahim

Pagi tadi lepas selesai program bersama rakyat jam 10 pagi Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus bergegas ke Hospital Putrajaya berikutan kejadian Timbalan Pengarah Kastam Datuk Saharuddin Ibrahim maut ditembak. Ini adalah kejadian yang pertama kali berlaku di Putrajaya, dan kita yakin bahawa pihak berkuasa akan berjaya menangkap penjenayah yang berhati binatang ini.


kira-kira jam 4.15 petang Ku Nan telah hadir bersama jemaah lain untuk solat jenazah di Masjid Tuanku Mizan, ramai yang turut serta untuk menunaikan fardhu kifayah ini.









Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Thursday, 25 April 2013

Tengku Adnan Tengku Mansor jawab tomahan Husam Musa

YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditanya wartawan mengenai isu saman Husam Musa berkenaan dengan penyebaran buku 'Siapa Husam' yang dikatakan menjadi penyebab kenapa Husam menekan butang kecemasan sehingga beliau membuat laporan polis.


pstt; siapa makan cili dia yang terasa pedas.