Friday, 25 April 2014

Kunan beri idea kaedah BRIM dalam mykad

Merujuk kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini yang mengatakan bahawa penerima BRIM ada yang menyalahgunakan pemberian kerajaan BRIM ke cyber cafe dan pusat perjudian ada relevannya. 



Beliau yang gemar menggelar dirinya sebagai ketua kampung di Wilayah Persekutuan sentiasa dihujani dengan aduan masalah sosial masyarakat yang dihantar melalu khidmat pesanan ringkas hampir setiap masa. Kebanyakkannya berlaku adalah golongan bujang "selepas dapat BRIM anak-anak ini ada yang beli topup handphone, ada yang ke pusat perjudian, dan cyber cafe", katanya.

Beliau turut mengulas cadangan untuk menggunakan kaedah lain sebagai contoh BRIM dimasukkan ke dalam MyKad dan rakyat boleh membeli barangan keperluan asas dan tidak akan berlaku salah guna pemberian kerajaan ini. Tambahnya lagi "tempat tertentu seperti cyber cafe, dan pusat hiburan wang BRIM yang dimasukkan kedalam MyKad ini tidak boleh diakses, dan ia sudah pasti tidak akan disalah gunakan."

Ada sesetengah pihak yang mengatakan kunan agak merapu dengan membuat tuduhan melulu, tetapi jika dilihat dari sudut lain dan lebih positif ia ada logiknya. Beliau yang juga ahli parlimen Putrajaya memberitahu kaedah seperti MyKasih dan bantuan kad untuk pengudi beliau warga emas sangat berkesan kerana bantuan sampai kepada tujuan asalnya seperti kad kesihatan yang memberi peluang kepada pengundi beliau untuk mendapatkan khidmat kesihatan di klinik-klinik terpilih di Putrajaya.

Apa yang diperkatakan kunan adalah lebih kepada 'precautions' dan untuk menyedarkan rakyat jika ia tidak dihalang boleh mendatangkan permasalahan yang serius. Sesungguhnya perubahan ataupun hijrah itu sememangnya sukar, tetapi jika kita positif dan berfikiran terbuka tanpa emosi pastinya membawa keuntungan. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Lahir pengundi fasa 12 Presint 9 Putrajaya semalam. Hampir 200 pengundi hadir bagi menyambut hari lahir bersama kunan dan isteri dari bulan Januari hingga Jun.

Mungkin juga komen dari seorang pembaca ini ada kebenarannya.



Gambar hari lahir di sini www.facebook.com/MenteriWilayahPersekutuan.

1 comment: