Thursday, 27 June 2013

Usaha Datin Seri Aggriani Sentiyaki Bantu Golongan Ibu Tunggal & Suri Rumah Putrajaya

Dalam usaha membantu meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi golongan ibu tunggal di Putrajaya, Datin Seri Anggriani Sentiyaki Isteri kepada YB DS Ku Nan hari ini bercakap sebagai Penaung Art & Soul 2013-Enhancing Women's Entrepreneurship, program ini adalah sebuah inisiatif Miracle Venture dan Orlaith Inc dengan objektif untuk mengumpulkan peniagawati dari dalam dan luar negara yang menetap di Malaysia dan menginginkan peluang dan suasana aktif di dalam bidang perniagaan.

"Program ini juga dijangka memberi peluang yang lebih besar kepada usahawan ibu tunggal dan suri rumah yang rata-rata daripada mereka merupakan usahawan yang mampu berdaya saing serta mempunyai idea kreatif dan seni yang baik" kata Datin Seri.

Atas kapasiti Datin Seri sebagai penaung, beliau dalam ucapan ringkasnya mahu peluang ini diberi secara  praktikal kepada warga ibu tunggal dan suri rumah di Putrajaya. "kita akan bina sebuah pusat One Stop Center khusus buat golongan ini kerana kita mahu hasil seni kreatif mereka ini diberi platform untuk berkembang lebih luas" tegas beliau. 

Tambahnya lagi, sebagai Presiden Persatuan Suri Rumah dan Ibu-ibu Tunggal Putrajaya, beliau bertanggungjawab untuk membantu golongan ibu-ibu tunggal dan mahu hasil seni dan jiwa ini diangkat dan dibawa ke pasaran yang lebih luas seperti ke Indonesia. Oleh yang demikian, program yang berlangsung pada 29 Jun ini akan membawa hadirin ke sebuah perjalanan pengembaraan seni dan jiwa yang digarapkan bersama seni hiburan oleh pereka-pereka terkenal dari Indonesia antaranya Raden Sirait, Pereka kasut tersohor dari Malaysia Dato' Lewre Lew dan Erma Fatimah pengarah filem dan drama terkenal Malaysia.








No comments:

Post a Comment