Malam tadi jam 8.30 malam YB DS Ku Nan menghadiri program sambutan hari jadi bersama pengundi-pengundi saya daripada warga Presint 8. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Blok 1 Menara Seri Wilayah .
Tujuan majlis tersebut adalah untuk meraikan dan menghargai pengundi-pengundi yang lahir pada bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos Parlimen Putrajaya.
Dalam ucapan ringkas saya, dihadapan kira-kira 250 hadirin yang hadir. Saya mengingatkan tentang kepentingan menjaga hubungan sesama kita. Penyatuan yang wujud sejak sekian lama, haruslah dikekalkan memandangkan suasana politik Negara yang begitu genting. "Terlalu banyak anasir jahat yang cuba menggangu dan menggugat keharmonian yang telah kita bina sekian lama" tegas Ku Nan.
Majlis yang berkonsepkan santai memberi banyak ruang kepada tetamu yang hadir untuk beramah mesra bersama Ku Nan. Dikesempatan itu juga, YB DS Ku Nan dan isteri turut menyampaikan hadiah hari lahir kepada semua yang hadir.
No comments:
Post a Comment