Pagi ini YB Penjawat Awam DS Tengku Adnan Tengku Mansor telah membuat kunjungan dan mendengar taklimat khas yang disampaikan oleh CEO Nadi Putra. Ku Nan meluangkan masa lebih dari 2 jam untuk melihat dengan sendiri sistem operasi yang diguna pakai, penyelenggaraan bas nadi putra dan melihat rasional aduan yang diterima beliau mengenai masalah Nadi Putra.
Dalam taklimat tersebut, Ku Nan dengan nada serius menekankan tentang kepentingan penjadualan bas henti-henti, kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi yang ditanggung oleh kerajaan yang mencecah lebih dari RM 70 juta, menaikkan gaji pemandu bas, cadangan menaikkan kadar tambang daripada RM 0.50 kepada RM 1.00.
Ketika ditanya mengenai perkhidmatan monorail, YB Ku Nan memberitahu bahawa untuk mewujudkan monorail di Putrajaya minimum populasi adalah 500 ribu orang, buat masa sekarang tidak ada kepentingan untuk membazirkan wang kerana perkhidmatan bas Nadi Putra adalah sangat baik dan yang perlu dilakukan adalah menambah baik beberapa perkara seperti penyusunan semula jadual bas dan menyelesaikan masalah laluan bas di kawasan traffik yang sesak untuk sampai ke destinasi tepat pada masanya.
Tambahan beliau, Nadi Putra akan memperkenalkan satu lagi perkhidmatan Van yang boleh memuatkan 15 orang penumpang dalam satu masa. Ini akan membantu penduduk di Putrajaya terutamanya yang tinggal di kawasan yang sukar untuk bas masuk. Selain itu, beliau turut menerangkan tentang kaedah baru yang akan diguna pakai dengan menggunakan medium sebagai wakil rakyat, melalui pusat khidmat masyarakat parlimen Putrajaya, akan mendapatkan respon daripada penduduk berkenaan dengan perkhidmatan bas, hebahan mengenai tawaran pakej servis yang diberikan oleh nadi putra, serta memberi pencerahan mengenai rasional kenaikan harga tambang sama ada penduduk bersetuju atau tidak.
Antara pakej yang terbaik yang ditawarkan oleh Nadi Putra adalah "Park & Ride". "Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada warga Putrajaya terutamanya yang datang melawat ke sini kerana mereka hanya perlu letak kenderaan di kawasan 'Park & Ride' kemudian naik bas untuk ke mana-mana destinasi di Putrajaya dengan free, yang perlu dibayar hanyalah kos meletak kenderaan hanya RM 2.00 sahaja" kata Ku Nan.
Akhir sekali, YB DS Ku Nan memberi tempoh sebulan kepada Nadi Putra untuk mengkaji semula dan memberi laporan kepada beliau kerana apa yang ditekankan adalah masalah rakyat, "kita tidak mahu rakyat merana, kita mahu berikan yang terbaik buat rakyat dan apa yang kita mahu rakyat memberi sokongan dan sama-sama membantu dengan misi memakmurkan Putrajaya" katanya.
Friday, 14 June 2013
GEMPAR KU NAN BELASAH NADI PUTRA?
Posted on June 14, 2013 by P125
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2013
(95)
-
▼
June
(11)
- Kenapa Husam Kalah dengan Ku Nan?
- Usaha Datin Seri Aggriani Sentiyaki Bantu Golongan...
- Program Hari Jadi Pengundi Parlimen Putrajaya
- Memenuhi Jemputan Walimatulurus Anak kepada Dato' ...
- 16 Jun 2013: YB Ku Nan ke Majlis Perkahwinan di De...
- Majlis Perasmian Jalan Pintasan Menghubungkan Jala...
- GEMPAR KU NAN BELASAH NADI PUTRA?
- BN Failkan 21 Petisyen Pilihan Raya Hari Ini
- Ku Nan wakil Malaysia ke pengebumian Taufiq Kiemas...
- Majlis Meraikan Jentera Pilihanraya PRU13 Cawangan...
- Bukti YB Ku Nan Berjiwa Rakyat
-
▼
June
(11)
sudah tiba kita hidup projak manorel puterajaya
ReplyDelete