Thursday, 30 May 2013

YB DS Ku Nan di Ceramah Israk & Mikraj IPD Putrajaya

Bertempat di Surau Amaniah Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya telah berlangsung ceramah agama Israk & Mikraj anjuran IPD Putrajaya.

Program yang disertai oleh YB Ku Nan bersama Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Khairuddin Abdul Samad, OCPD ACP Abdul Razak Abdul Majid, AJK UMNO Bahagian Putrajaya, para anggota Polis serta warga komuniti Putrajaya ini berlangsung dengan kehadiran lebih dari 300 orang termasuk jemaah wanita.

YB Ku Nan sempat bersama jemaah menunaikan solat maghrib sebelum ceramah bermula. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nik Mohd Sukiman bin Nik Yusuf dari ILIM menekankan tentang kepentingan sebagai umat Islam untuk menjaga batas-batas yang diharamkan Allah SWT & mengelakkan daripada fitnah-menfitnah sesama umat.

Selain itu, Ustaz Nik turut memberi penekanan tentang kepentingan solat yang besar ganjarannya & bagaimana pengorbanan Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan Allah SWT untuk meminta agar dikurangkan waktu solat daripada 50 hingga 5 waktu sekarang.

Sebelum pulang, setelah selesai solat isyak YB Ku Nan sempat beramah mesra & bertanya khabar bersama para hadirin yang hadir.

DEFENDING PUTRAJAYA AT ALL COST!

Psstt; alhamdulillah warga Putrajaya tak salah pilih pemimpin :)

Wednesday, 29 May 2013

Lawatan mengejut YB Tengku Adnan Tengku Mansor ke cawangan Bourgenvilla

Kira-kira jam 11.50 pagi tadi Ahli Parlimen Putrajaya YB DS Tengku Adnan telah melawat keluarga Allahyarhamah Aminah bt Johore yang telah meninggal akibat sakit tua.

Anak kepada arwah adalah Timbalan Ketua Cawangan Umno dari cawangan Bunga Bourgenvilla. Keprihatinan yang diberikan oleh YB DS dalam kesibukan beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan telah memberi semangat & motivasi buat keluarga arwah dalam menempuh kehidupan akan datang.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga rohnya ditempatkan kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sunday, 26 May 2013

Pembangkang Pencetus Angkara Pelbagai Manipulasi PRU 13

Pembangkang jangan mainkan emosi rakyat!



psttt; permainan fitnah & emosi rakyat ibarat makanan Pakatan Pembangkang

BN Need To Be Brave, Change To Remain Relevant – PM

PEKAN, May 26 – Barisan Nasional (BN) must adapt to changes in terms of strategy if it wants to remain relevant in a more challenging political landscape after the 13th General Election said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, today.

Najib said since the political landscape of the country was changing rapidly through the process of urbanisation, education, quality of living, information technology, the formula used by BN all these years may not be relevant any more.

“We cannot expect the formula used now would be suitable in the future. We must be open minded and be pragmatic not dogmatic,” he said when speaking at the Pekan Umno Division’s thanksgiving ceremony at Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, here, today.

Also present were winners of the four state seats in Pekan, Khairuddin Mahmud (Pulau Manis), Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (Bebar), Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Peramu Jaya) and Datuk Abu Bakar Harun (Chini).

Najib who is also the BN chairman said the coalition’s ability to retain power after the 13th General Election showed that the party was unique in its own way.
“No political party in a democratic parliament can boast of having maintained a success record of having been in power continuously,” he said.

The Prime Minister said what was important was to be brave to bring about changes to revitalize the image of the party so that the people can continue to accept the party since the coming general elections are going to be more challenging. Najib said BN must find out the reasons as to why the people did not support the coming in the 13th General Election.

“In an open democracy, it is impossible to gain 100 percent support but if we are determined, sincere and honest, we can regain the support of the people,” he said.

In the just concluded 13th General Election, Najib secured a bigger majority of votes in the Pekan parliamentary seat with 51,278 compared with the previous count of 35,613 votes, en route to beating PKR’s Fariz Musa who managed only 15,655 votes.

The BN also won all four state seats under the Pekan parliamentary constituency, namely Bebar, Chini, Pulau Manis and Peramu Jaya. Najib also reminded all elected representatives to serve the people sincerely and not be blinded by power.–MediaUMNO

Wednesday, 22 May 2013

Pilihanraya Parlimen Kuantan & DUN Tanjung Lumpur Perlu Diadakan Semula?

Semalam ada satu kes unik dan agak tak masuk akal apabila seorang pemuda berusia 23 tahun, Mohd Fadhli Khaharruddin tampil dengan dakwaan kononnya dia dibenarkan mengundi dua kali di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Sungai Isap Kuantan, Pahang.

Laporan polis mengenai kes itu telah di buat pada hari pengundian 5 Mei 2013 lepas dan semalam 21 Mei 2013 pemuda itu tampil dalam sidang akhbar bersama pemimpin PKR & PAS.

Dalam PRU-13, kerusi Parlimen Kuantan dimenangi oleh Fuziah Salleh dari PKR sementara DUN Tanjung Lumpur tempat di mana pemuda tersebut mengundi turut tersenarai sebagai pengundi pula berjaya dirampas dari BN dan dimenangi calon PAS, Rosli Abdul Jabbar.

Dalam sidang akhbar semalam pemuda itu mendakwa tindakannya cuba mengundi dua kali dilakukan secara spontan dan tanpa perancangan setelah dakwat kekal yang dicalitkan pada jarinya luntur.

"Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama," dakwanya.

"Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan," kata pemuda itu semasa sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur.

Ada sesiapa percaya? Entah bagaimana Fadhli berjaya melepasi tapisan nama oleh ejen tempat mengundi yang terdiri dari PKR, PAS dan BN cukup mencabar minda kita untuk mencari jawapannya.

Setiap pemilih berdaftar yang hadir untuk mengundi namanya akan disebut kuat supaya ejen parti yang bertanding melakukan pemerikasaan seterusnya memotong namanya sebagai telah mengundi.

Nak dikatakan ketiga-tiga ejen itu berkonspirasi, tidak logik. Atau kesemua ejen tempat mengundi dari pelbagai parti politik itu tidur nyenyak dan gagal melaksanakan amanah yang digalas, pun agak keterlaluan.

Pemuda itu mungkin ikhlas membuat dakwaan tersebut tapi dilihat pada kecenderungannya bersama-sama pemimpin PKR dan PAS dalam 'mendedahkan' perkara tersebut, sudah sah kalau tak PKR tentu saja PAS yang disokongnya.

Kalau dia penyokong BN dah tentu calon BN yang kalah di Parlimen Kuantan dan DUN Tanjung Lumpur yang dicarinya, tak gitu?

Dari sudut lain, misal katalah memang berlaku perkara yang di dakwa, jika benar begitu maknanya kemenangan Fuziah di Parlimen Kuantan dan Rosli di DUN Tanjung Lumpur boleh dipersoal dan dipertikaikan.

Maka suka atau tidak, eloklah pengundian semula dilakukan untuk kawasan Parlimen Kuantan dan DUN Tanjung Lumpur, bukan begitu?.

Sekali lagi, andai benar wujud pengundian dua kali oleh individu yang sama, elok juga kalau kemenangan PR di kawasan-kawasan lain yang melibatkan calon PKR dan PAS di siasat sama seterusnya pengundian semula dilaksanakan bagi memastikan ketelusan.

Manalah tahu jika kegagalan BN menguasai majoriti dua pertiga Parlimen tempohari mempunyai unsur sebegini.

Monday, 20 May 2013

Ini Bukti Bangsa Cina Yang Rasis!

World Value Survey baru-baru ini memaparkan hasil tinjauan mengenai sikap sosial penduduk di 80 buah negara berdasarkan penilaian yang dibuat selama lebih tiga dekad.  Utusan Malaysia memetik tinjauan tersebut yang antara lain menunjukkan bahawa kaum Cina, terutamanya di Hong Kong merupakan kaum paling rasis di mana 71.8% dari mereka enggan tinggal bersebelahan dengan bangsa lain. 

Dalam pada itu, Malaysia pula mencatatkan 20% – 39.9% penduduk dengan sikap yang sama iaitu kurang toleransi dalam perkauman.   Mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa kedudukan Malaysia ini diperolehi kerana 23% dari penduduk negara ini adalah kaum Cina.

Hasil tinjauan World Value Survey sebenarnya menepati pemerhatian secara rambang dan rawak berkenaan sikap kaum Cina di mana-mana sahaja.  

Di Malaysia adalah yang paling jelas kerana jangankan berjiran dengan kaum lain, kaum Cina di sini juga berkeras dan berdegil untuk terus mengasingkan anak-anak mereka dari kaum lain melalui Sekolah Vernakular.  Ini adalah bukti paling kukuh bahawa kaum Cina tidak punya toleransi, enggan berinteraksi serta menolak sebarang bentuk perpaduan dengan kaum lain. 

Bukti lain pula boleh dilihat dari aktiviti ekonomi negara ini yang mana dikuasai kaum Cina. 

Bukan rahsia bahawa syarikat-syarikat swasta yang diterajui Cina menjadikan ‘kaum’ sebagai faktor utama dalam mencari pekerja.  Ini dilakukan dengan meletakkan bahasa ibunda mereka sebagai kelayakan penting untuk bekerja di tempat mereka dan di masa yang sama mengenepikan terus bahasa kebangsaan.   Dengan cara ini, mereka akan dapat menghadkan pekerja kepada kaum mereka sahaja. 

Alasan kononnya bahasa Mandarin adalah penting di dalam dunia hari ini adalah alasan paling dangkal kerana terbukti Singapura yang menjadi kiblat orang Cina Malaysia juga langsung tidak mengiktiraf Mandarin.  Malah negara itu meletakkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan ekonomi Singapura tetap berkembang maju.  Singapura juga tidak ada sekolah Cina untuk tujuan ‘memelihara’ budaya Cina. 

Namun, itu tidak bermakna Cina Singapura tidak turut berkongsi sikap perkauman saudara mereka di seberang sini.   Satu-satunya sebab kenapa Singapura tidak mendirikan sekolah Cina atau menjulang Mandarin sebagai bahasa utama ialah kerana di Singapura, kaum Cina sudah punya kuasa mutlak. 

Ini menjelaskan sikap sebenar kaum Cina secara keseluruhan iaitu mereka bukannya begitu berminat untuk memelihara budaya atau bahasa mereka, tetapi yang menjadi tonggak hidup mereka hanyalah soal ‘kaum’ iaitu dari segi kedudukan atau kuasa kaum mereka. 

Alasan memelihara budaya hanyalah untuk menutup agenda dan sikap rasis mereka. 

Oleh itu, kita lihat di dalam perniagaan juga sama di mana kaum Cina tidak akan sekali-kali membenarkan kaum lain menyaingi mereka secara sihat.  Beberapa kali mereka dikesan mengsabotaj usahawan Melayu secara halus walaupun pada hakikatnya, kaum Melayu tidak pernah menyoal monopoli mereka selama ini.   Malah, mereka juga akan menuduh kerajaan sebagai rasis jika sesuatu projek dianugerahkan kepada syarikat Melayu, walaupun terdapat lebih ramai dari kaum mereka yang telah mendapat peluang yang sama.  

Buruknya sikap kaum ini ialah mereka menjerit-jeritkan inginkan saingan sihat tetapi mereka juga akan pantas mengecam dan menghalang segala usaha ke arah mewujudkan saingan yang sihat itu. 

Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja rasis, tetapi hipokrit dan penindas. 

Secara ringkasnya, kaum Cina sebenarnya tidak akan berpuas hati selagi tidak berada di tempat teratas.  Apabila mereka berhijrah ke mana-mana negara, termasuk negara barat, perkara pertama yang mereka lakukan ialah mewujudkan ‘kawasan’ mereka sendiri yang dipanggil China Town. Kedai-kedai di China Town tidak akan memberi peluang pekerjaan kepada kaum lain kerana ingin benar-benar hidup dalam kelompok mereka sendiri, berasingan dari kaum asal dan kaum-kaum pendatang lain.   Dari situ mereka membentuk ‘kuasa’ sendiri melalui kongsi-kongsi gelap serta bersikap samseng dan tidak menghormati ‘orang luar’ walaupun hakikatnya merekalah ‘orang luar’ itu. 

Bagi mereka yang pernah bekerja atau berurusan dengan syarikat dari negara China, pasti tahu bahawa kaum Cina amat sukar melafazkan ‘maaf’ atau ‘terima kasih’ walaupun kepada pelanggan sendiri.  

Dan inilah sikap semulajadi Cina iaitu ‘keras’ - tiada toleransi, tidak hormat dan tidak prihatin pada orang lain.   Sikap ini masih berakar umbi jauh ke dalam jiwa dan minda kaum Cina walaupun mereka telah lama meninggalkan tanah asal mereka.  Cuma kadangkala sikap itu sukar dilihat kerana telah sedikit terpengaruh dengan budaya kaum lain.   Namun, hari ini, sikap ‘keras’ kaum Cina ini kembali menyerlah di dalam generasi Cina Malaysia hari ini akibat pergaulan mereka yang terhad di SJKC.

Kesimpulannya, kaum Cina adalah punca ketegangan kaum di Malaysia dan di mana-mana jua.  Mereka mungkin kelihatan ‘normal’ dalam kumpulan kecil, tetapi apabila mereka ramai, mereka akan menimbulkan ketidakselesaan dan keresahan dalam masyarakat akibat sikap mereka yang ‘keras’ dan sukar serta enggan bergaul dengan kaum lain.

Lantikan Paul Low Bukti Ketegasan Najib Perangi Rasuah

Barisan kabinet telah diumumkan Rabu lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Namun, ianya masih tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Ramai yang mempersoalkan setiap pelantikan yang diberikan kepada mereka yang telah diberi mandat oleh PM dengan pelbagai alasan dan isu yang dikaitkan.

Tidak terlepas dari palitan yang sama, Datuk Paul Low Seng Kuan yang telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri memegang portfolio rasuah. Mereka di luar sana mempertikaikan kredibiliti Paul untuk memegang tanggungjawab itu dalam konteks memperjuangkan rasuah.

Sedangkan mengikut rational, perlantikan Paul menunjukkan kesungguhan kerajaan di bawah PM Najib memerangi rasuah di mana ianya dilihat dapat meningkatkan integriti dan tadbir urus yang baik. Masih belum ada negara di dalam dunia mengambil NGO terutama dari Transparency International (TI) sebagai Ahli kabinet.

Penganalisis sosial dan politik Dr Chandra Muzaffar berkata, pelantikan itu diharap dapat menjayakan misi membentuk kerajaan yang bersih, telus, berintegriti dan bebas daripada amalan rasuah.
 
"Ia menunjukkan langkah awal Perdana Menteri ke arah (menjayakan) objektif itu, namun ia perlu disertai dengan langkah-langkah lanjut selepas ini," katanya mengulas mengenai barisan Kabinet Persekutuan.
  
Sentimen Dr Chandra itu turut dikongsi anggota panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Datuk Seri Azman Ujang yang berpendapat pelantikan Low menunjukkan kesungguhan Najib untuk menangani rasuah dalam pentadbiran kerajaan.
  
"Low sendiri telah memperjuang tadbir urus yang baik, integriti dan ketelusan dalam kerajaan. Kini beliau menganggotai Kabinet dan boleh memastikan kerajaan mengotakan janjinya untuk memerangi gejala rasuah," katanya.
  
Azman berkata, Low boleh membantu Kabinet memastikan keputusannya sentiasa terbuka dan bersih berkaitan pemberian projek.
  
Berbekalkan pengalamannya yang luas dalam TI Malaysia, Low juga mampu membawa idea baharu berkaitan tadbir urus baik seperti dituntut pengundi pada Pilihan Raya Umum baru-baru ini, katanya.

Sesetengah negara seperti Singapura dan Brunei langsung tidak mempunyai TI yang bergerak atas kapasiti NGO yang berpangkalan di sana sebagai sebuah badan bertaraf antara bangsa. Situasi ini dilihat kritikal dan radikal dalam pendekatan meningkatkan ketelusan dalam menjalankan urusan pentadbiran negara.

Low yang dilantik sebagai menteri NKRA rasuah, menerima kecaman hebat dari kaum Cina khususnya dari parti ‘ultra kiasu’ DAP dan secara tidak langsung menunjukkan kebiadaban mereka yang tidak menghormati keputusan kepimpinan negara. Mereka sewajarnya menyokong usaha PM dalam membanteras rasuah dengan meletakkan seseorang yang dinilai potensinya.

Rakyat perlu beri memberi ruang kepada Low untuk membuktikan kemampuannya dalam memegang tanggungjawab ini dan bukannya berterusan mengkritik dan merendahkan kemampuan seseorang itu. Sikap merendah-rendahkan seseorang ini dilihat semakin menular di kalangan masyarakat terutamanya dari kalangan pakatan pembangkang.

Mereka kerap mencari salah dan kekurangan seseorang itu untuk membunuh keyakinan dan karier orang yang disasarkan. Namun, apa jua yang diucapkan, menteri-menteri yang telah dilantik haruslah melaksanakan mandat yang telah diberikan dengan sebaiknya.

Ini semua hanyalah perang psikologi yang dimainkan pembangkang bagi menjatuhkan semangat dan menambahkan lagi keraguan rakyat kepada kerajaan. Sebagai sebuah gagasan yang kuat, sikap bersatu padu dan keyakinan yang tinggi  diperlukan bagi memastikan setiap rancangan yang telah dirangka dapat berjalan dengan lancar.

Selamat bertugas demi negara.