Friday, 3 May 2013

Pengundi KIMMA Teguh Bersama DS Tengku Adnan

"Hidup BN, Hidup Ku Nan!" itulah antara kata-kata yang menyambut ketibaan YB Penjawat Awam DS Tengku Adnan ketika beliau hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Pengundi KIMMA di PDM Metropolitan tengahari tadi.

Terharu apabila mendengar laungan & sambutan meriah yang diberikan oleh KIMMA Putrajaya. "Ini adalah tanda bahawa pengundi di Putrajaya dari segenap bangsa menolak Husam Musa di Putrajaya" kata Tengku Adnan.

DS dalam ucapan ringkas beliau menghargai semangat & usaha keras KIMMA Putrajaya dalam membantu beliau memenangi kerusi Parlimen Putrajaya sekaligus mempertahankan kerusi beliau sebelum ini.

Dalam nada yang sama, Presiden KIMMA YB Senator Dato' Syed Ibrahim bin Kader mahu pengundi di Putrajaya memberikan mandat kepada DS Tengku Adnan & menolak Husam sebagai orang luar yang mahu menumpang kesenangan diatas kesusahan orang lain.

Majlis yang turut disertai oleh barisan artis tanah air antaranya Norman KRU yang turut memberikan kata-kata semangat & berharap agar pengundi lebih bijak membuat keputusan. "pengundi di Putrajaya tahu siapa yang lebih berhak menjadi wakil mereka, dalam masa DS Tengku Adnan menjadi wakil rakyat banyak isu & masalah komuniti berjaya diselesaikan" kata Norman dalam ucapannya.

SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN UMMAT

Surau Presint 14 bukti keprihatinan YB Penjawat Awam

Dalam kesibukan berkempen, Sempat juga Tengku Adnan Tengku Mansor singgah di Surau Presint 14 walaupun ianya masih lagi dalam pembinaan. Penduduk di Presint 14, Putrajaya tidak sabar menunggu surau ini siap untuk digunakan. "Surau ini dah 85% siap dan kita jangka ia boleh di gunakan sebelum bulan Ramadan" kata Tengku Adnan.

Tabung bagi pembinaan surau ini & hasil usaha sama Jawatankuasa Pembinaan Surau & "Lokal Agenda 21" dimana ianya terdiri dari Penduduk Presint 14 & dengan kerjasama Tengku Adnan.

Tengku Adnan juga ada menyumbang secara pribadi bagi membantu dalam pembinaan surau ini. "Harap penduduk Presint 14 dapat bersabar dan InsyaAllah kita sama sama dapat solat sebelum bulan puasa tahun ini." kata Tengku Adnan lagi.

Gambar lawatan Tengku Adnan bersama Jawatankuasa Pembinaan Surau & "Lokal Agenda 21".

Sumber; infokinidotcom.blogspot.com

SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN UMMAT

BONGKAR!! Husam bayar seribu untuk UNDI ROSAK!

Mesej ini diterima ketika penulis sedang asyik melayan ceramah Ustaz Rujhan di PDM Presint 16. Terkejut bila tiba-tiba rakan penulis menunjukkan mesej yang dihantar daripada no yang tidak dikenali.

Sampai entri ini ditulis, penulis masih lagi berfikir apa motif yang sebenar Pas Putrajaya ingin lakukan. Adakah ini cara demokrasi yang mereka mahukan. Apa yang akan berlaku jika mereka gagal menawan Putrajaya!? Adakah benar huru-hara yang dicanang akan dilakukan bakal berlaku?

Betul apa kata Ustaz Rujhan, PAS adalah parti yang sesat & menggunakan Islam semata-mata untuk kepentingan politik. Ulamak habis dihalau keluar, bak kata Ustaz Rujhan Parti Artis Semalaysia.

SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN UMMAT!

TOLAK HUSAM, TOLAK BAPAK RASUAH!

YB Penjawat Awam bersantai di Pasar Tani

Penulis tak sangka dengan sambutan pengundi di Putrajaya hari ini bila YB Penjawat Awam kita DS Tengku Adnan Tengku Mansor hadir bersama Isteri ke Pasar Tani Putrajaya.

Ramai juga yang terkejut dengan kehadiran DS Ku Nan yang dengan spontan menyapa pengunjung & para peniaga.

Tidak cukup dengan itu, orang ramai yang sempat bersalam sambil melaungkan 'Hidup Ku Nan!' juga menjadi perhatian disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai di pasar tani tadi. Penulis juga berasa sangat terharu dengan pengundi Putrajaya yang begitu sayangkan DS Ku Nan.

Dengan nada yang sama, rata-rata pengunjung mengakui tentang jasa & keprihatinan DS Tengku Adnan dalam menjalankan amanah yang diberikan. Tanpa segan silu ramai yang menyatakan sokongan penuh kepada DS Ku Nan sekaligus mahu beliau mempertahankan kerusi parlimen Putrajaya supaya ia kekal milik Barisan Nasional.

SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN UMMAT 

Thursday, 2 May 2013

Pencapaian Ku Nan Di Putrajaya

Kami warga Putrajaya Sayang Ku Nan, Kami warga Putrajaya sahaja yang tahu perit getir Ku Nan berjuang untuk komuniti di sini. Daripada sebuah bandar pentadbiran yang elit, tapi kini ia menjadi sebuah bandar komuniti yang mesra dalam taman dengan fasiliti penduduk kelas pertama dan tahap keselamatan yang tinggi. 

Kemakmuran yang kami kecapi semenjak pembukaan Putrajaya pada tahun 2000 dicemari kini apabila ada campur tangan luar yang cuba membawa mesej jahat dan fitnah terhadap DS Ku Nan dan mereka ini telah memecah-belahkan komuniti di sini. Bermula dengan isu fitnah peletakan AJK Surau, isu merasuah pengundi sehinggalah kepada gerakan rumah ke rumah yang mencalit dakwat kekal sebelum hari pengundian. 

Kami warga Putrajaya telah sepakat untuk tentang habis-habisan pengaruh jahat orang luar seperti Husam yang mengkucar-kacirkan Putrajaya.





SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN UMMAT

Pengundi Putrajaya Muak Dengan Taktik Pembangkang

Husam pergi jaga Salor la
Orang Putrajaya tak perlu orang luar!


SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN UMMAT

YB Penjawat Awam Memeriahkan Program Mesra Jalan Kaki Bersama Perbadanan Putrajaya

Hari ini YB Penjawat Awam DS Tengku Adnan Tengku Mansor meluangkan masa hampir sejam bersama kakitangan penjawat awam untuk bersama menyertai program jalan kaki santai di Putrajaya dengan jarak 10 km.

Program yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya telah menjemput DS Tengku Adnan Tengku Mansor untuk bersama melepaskan para peserta. Sebelum itu, dalam ucapan Tan Sri Aseh, beliau berkata hubungan rapat beliau dengan DS Tengku Adnan umpama adik beradik, banyak perkara yang dikongsi bersama kebanyakkannya yang melibatkan masalah komuniti di Putrajaya yang rata-ratanya adalah penjawat awam. Jadi hubungan baik yang terjalin antara kami berdua memudahkan urusan tambahan pula banyak yang melibatkan penduduk di Putrajaya.

DS Tengku Adnan dalam ucapan ringkasnya merayu agar diberi mandat untuk terus berkhidmat untuk komunti di Putrajaya & banyak program serta perancangan yang khusus untuk warga Putrjaya bersama Perbadanan akan dilaksanakan agar komuniti disini dapat hidup dalam keadaan aman, selesa dengan fasiliti kelas pertama.