Friday, 26 April 2013

Husam Musa ketar pengundi muda sokong Ku Nan

Untuk pengetahuan YB Husam, Putrajaya tidak pernah lekang dengan aktiviti belia. Belia di Putrajaya tak perlu nak tunggu Hari Belia Negara sebab belia disini padat dengan program  antaranya seperti Kejohanan Futsal, Kejohanan Bola Sepak, Santai Belia Bersama YB Ahli Parlimen, Hari Keluarga dan banyak lagi. Tengku Nan sangat prihatin dan menyokong segala aktiviti belia. Ku Nan tidak pernah menolak dan sentiasa menyumbang untuk pembangunan belia. Kalau nak diolah memang letih, YB Husam saya nasihatkan tarik diri daripada bertanding sebabnya kamu tidak akan dapat menandingi apa yang dilakukan oleh Tengku Nan.


psst; kalau Husam jadi YB mesti belia dapat kambing setiap seorang. kihkihkih.

Thursday, 25 April 2013

Nasihat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor buat Husam Musa

Tahniah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana berpolitik secara matang dan penuh dedikasi.  Kami sepakat tolak anasir jahat yang dibawa oleh orang luar dan memecah belahkan komuniti yang terjalin sekian lama.





psstt; itula PAS asal nak cari sokongan pi hasut orang dalam surau.

Tengku Adnan Tengku Mansor jawab tomahan Husam Musa

YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditanya wartawan mengenai isu saman Husam Musa berkenaan dengan penyebaran buku 'Siapa Husam' yang dikatakan menjadi penyebab kenapa Husam menekan butang kecemasan sehingga beliau membuat laporan polis.


pstt; siapa makan cili dia yang terasa pedas. 

HUSAM MUSA STRESS BERKEMPEN DI PUTRAJAYA?

Sayang seribu kali sayang. Ku sangka kan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Inilah pepatah yang paling sesuai digambarkan oleh Husam & geng spender nya apabila beliau disapa oleh anak arwah Abdul Samad Gul.

buat geng spender yang baru nak UP dengan team spender putih boleh google, tak pun pegi tanya dekat otai-otai spender yang lain siapa Abdul Samad Gul, gua tak ada masa nak "educate" lu orang sebab lu orang memang bodoh sombong.

Begini cerita nya, ketika Husam Musa sedang asyik menipu dan menabur janji palsu di salah satu restoran mamak di Putrajaya. Beliau didatangi  anak kepada arwah Abdul Samad Gul, Anak arwah bertanyakan tentang apa yang PAS lakukan bagi membela nasib anak bekas ahli PAS? 

terkebil-kebil kawan nak menjawab. alahai la Husam, sudah-sudah la dengan talam dua muka kamu tu. Komuniti di Putrajaya sudah pun memberi isyarat yang jelas TOLAK ORANG LUAR!



TAHNIAH!!! HUSAM MUSA BERJAYA SELESAI ISU PENDUDUK PUTRAJAYA!

Tahniah Husam Musa akhirnya berjaya menyelesaikan masalah penduduk di Putrajaya. Inilah pemimpin yang komuniti di Putrajaya mahukan. Sudah lama kami nantikan kepimpinan yang semacam ini.

p/s: lepas ni harap Husam Musa jenguk Mydin tengok-tengok stok SPENDER PUTIH cukup tak nak tampung penduduk di Putrajaya. kihkihkih


credit to: Bob Sharel


Thursday, 18 April 2013

Manifesto BN Wilayah Persekutuan Garis Empat Teras Bertema ‘Janji Dikota’

KUALA LUMPUR, 18 April  - Manifesto Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan bertema ‘Janji Dikota’ dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan malam ini, yang menggariskan empat teras menyasar segmen luas dan berbeza dari segi pendapatan, keperluan dan kehendak warga kota.


Manifesto itu akan memastikan tiada keperluan warga kota yang tertinggal dalam arus mengejar pembangunan menuju Wawasan 2020.
Teras pertama ialah Kesejahteraan Warga Kota dan Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar akan dilancar sebagai permulaan di Putrajaya dan seterusnya dilaksana di seluruh Kuala Lumpur.

baca lagi, KLIK SINI

Sunday, 14 April 2013

PANAS!!! Identiti dalang serangan markas BN Putra Harmoni dikenalpasti!

Jeng jeng jeng!!! Gua da cakap dah, lu orang tak boleh lari lagi. Muka lu sudah panas, ini adalah manusia keji yang menjadi dalang kes serangan markas BN Putra Harmoni presint 9 & mereka ini juga dikaitkan dengan kejadian membakar bendera gergasi BN di Presint 8.

Untuk pengetahuan semua, lelaki ini adalah bekas driver kepada Pegawai khas PM Datuk Azlin dan kemudiannya diarahkan bertukar ke Unit ICU Jabatan Perdana Menteri.  Kemudiannya beliau sekali lagi didapati bermasalah di ICU, dan ditukarkan pula ke Bahagian Hal Ehwal Undang-undang.

Gua dapat info yang mamat ni ada 4 orang anak tetapi sebab ketaksubannya kepada Parti Spender Putih beliau telah bercerai dan sekarang statusnya adalah Duda. Melalui info yang gua dapat, dikatakan beliau telah ditukarkan ke Bahagian Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri. Beliau dikenalpasti menetap di kuaters kerajaan di P18R12. Bermasalah sungguh mamat ni!

Kita mahu manusia keji yang bernama Mohd Faisal Abdul Hamid disiasat kerana memecahbelahkan komuniti di Putrajaya kerana bersifat samseng tetapi bekerja dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Lihatlah betapa prihatin kerajaan pimpinan YAB Dato Seri Najib tidak mengira status dan sokongan walaupun berbeza dari segi politik tetapi tetap diberi peluang bersama kerajaan Barisan Nasional. Tahniah Barisan Nasional!

Gua nak bagi amaran, akan ada banyak lagi pembongkaran penjawat awam dan pegawai tinggi kerajaan yang sedang asyik berkempen untuk pembangkang di Putrajaya. Tujuan gua lakukan pembongkaran ini bukanlah berniat jahat, tetapi ingin membuka mata masyarakat yang ditaburi dengan fitmah yang kononya kerajaan Barisan Nasional kejam dan tidak demokrasi. Anda lihat, anda nilai, anda yang tentukan.
lelaki tersebut memakai baju berwarna kuning.