Monday, 29 July 2013

Majlis Iftar & Penyampaian Bantuan Ihya' Ramadhan Presint 18

Bertempat di Surau Al Kauthar Presint 18 Putrajaya berlangsung Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Ihya' Ramadhan Khas untuk ibu Tunggal, anak-anak yatim dan keluarga yang berpendapatan rendah.







Alhamdulillah sambutan yang diberikan sangat memberangsangkan. Program berbuka puasa ini adalah usahasama Pusat Khidmat Masyarakat dan Surau-surau sekitar Putrajaya. Ramai penduduk yang gembira dengan program yang diadakan di kawasan mereka. "kami penduduk disini sangat teruja dengan kehadiran Datin Seri Aggriani yang sudi berbuka puasa bersama rakyat di sini dan terima kasih di atas bantuan yang disumbangkan." ulas salah seorang penduduk.


Dalam pada itu, Datin Seri Anggriani dalam ucapan ringkas beliau menyatakan terharu dan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan gembira kerana dapat bertemu lebih dekat dengan warga Presint 18.








"Dalam bulan yang mulia ini, kesepakatan yang wujud diantara kita semua akan lebih akrab dengan adanya majlis berbuka puasa dan kita mesti ingat bahawa kesenangan yang kita kecapi selama ini perlu dikongsi bersama dengan orang yang tidak berkemampuan supaya kegembiraan dalam menyambut hari raya tidak lama lagi dapat dikongsi bersama dan ia akan lebih meriah" tambah beliau.




No comments:

Post a Comment