Friday, 25 April 2014

Kunan beri idea kaedah BRIM dalam mykad

Merujuk kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini yang mengatakan bahawa penerima BRIM ada yang menyalahgunakan pemberian kerajaan BRIM ke cyber cafe dan pusat perjudian ada relevannya. 



Beliau yang gemar menggelar dirinya sebagai ketua kampung di Wilayah Persekutuan sentiasa dihujani dengan aduan masalah sosial masyarakat yang dihantar melalu khidmat pesanan ringkas hampir setiap masa. Kebanyakkannya berlaku adalah golongan bujang "selepas dapat BRIM anak-anak ini ada yang beli topup handphone, ada yang ke pusat perjudian, dan cyber cafe", katanya.

Beliau turut mengulas cadangan untuk menggunakan kaedah lain sebagai contoh BRIM dimasukkan ke dalam MyKad dan rakyat boleh membeli barangan keperluan asas dan tidak akan berlaku salah guna pemberian kerajaan ini. Tambahnya lagi "tempat tertentu seperti cyber cafe, dan pusat hiburan wang BRIM yang dimasukkan kedalam MyKad ini tidak boleh diakses, dan ia sudah pasti tidak akan disalah gunakan."

Ada sesetengah pihak yang mengatakan kunan agak merapu dengan membuat tuduhan melulu, tetapi jika dilihat dari sudut lain dan lebih positif ia ada logiknya. Beliau yang juga ahli parlimen Putrajaya memberitahu kaedah seperti MyKasih dan bantuan kad untuk pengudi beliau warga emas sangat berkesan kerana bantuan sampai kepada tujuan asalnya seperti kad kesihatan yang memberi peluang kepada pengundi beliau untuk mendapatkan khidmat kesihatan di klinik-klinik terpilih di Putrajaya.

Apa yang diperkatakan kunan adalah lebih kepada 'precautions' dan untuk menyedarkan rakyat jika ia tidak dihalang boleh mendatangkan permasalahan yang serius. Sesungguhnya perubahan ataupun hijrah itu sememangnya sukar, tetapi jika kita positif dan berfikiran terbuka tanpa emosi pastinya membawa keuntungan. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Lahir pengundi fasa 12 Presint 9 Putrajaya semalam. Hampir 200 pengundi hadir bagi menyambut hari lahir bersama kunan dan isteri dari bulan Januari hingga Jun.

Mungkin juga komen dari seorang pembaca ini ada kebenarannya.



Gambar hari lahir di sini www.facebook.com/MenteriWilayahPersekutuan.

Friday, 4 April 2014

Tariff Air Pulau Pinang Naik vs Barang Naik

Langkah “drastik” Lim Guan Eng untuk menaikkan tarif air di Pulau Pinang secara tidak langsung menggambarkan Pakatan Pembangkang ini merupakan pemerintah yang akan menaikkan harga barangan sesuka hati dan membebankan rakyat tanpa sebab yang cukup kukuh. Ini amat berbeza dengan Kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah dengan sengaja menaikkan sebarang harga barangan melainkan terpaksa.

Rakyat juga perlu ingat bahawa kenaikan harga barangan yang berlaku sekarang adalah akibat dari provokasi mereka yang tidak bertanggungjawab dengan bantuan “tangan ghaib” yang memegang ekonomi negara kita. Namun kenaikan tarif air di Pulau Pinang jelas memang disengajakan oleh DAP.

Isu kenaikan tarif air di Pulau Pinang  menjadi topik hangat ketika ini memandangkang dalam PRU13 baru-baru ini dalam manifesto mereka menegaskan untuk memastikan kerajaan negeri dan Persekutuan mengurangkan tarif air. Pakatan pembangkang turut menyatakan penetapan tarif air pada kos rendah akan mengurangkan beban kos hidup orang ramai.

lim-guan-eng-ketua-menteri-parti-dap-rasis-ketawa-melayu-penang

Pembohongan mereka terbongkar kali pertama apabila  selepas PRU13 kerajaan Pulau Pinang menaikkan kadar surcaj pemulihan air (WSC)  pada 1 September 2013. Kini kerajaan Pulau Pinang sekali lagi memungkiri janji kepada rakyat dengan mengumumkan kenaikan menaikkan tarif air pada tahun ini pula.

Bayangkan sekiranya kerajaan Barisan Nasional membuat kenyataan bahawa KENAIKAN HARGA barangan adalah untuk mengajar rakyat berjimat cermat. Maka pihak pakatan pembangkang tanpa membuang masa akan terus “menjerit” “melolong” macam orang gila “menghentam” kerajaan Barisan nasional.  Namun apabila perkara yang sama dilakukan oleh Lim Guan Eng @ DAP maka mereka pun memberikan justifikasi betapa praktikal dan berhemahnya keputusan mereka itu dan ironinya penyokong pakatan pun dengan “redha” menerima keputusan tersebut.

Dalam kekalutan rakyat menghadapi krisis air, tiba-tiba Lim Guan Eng @ DAP telah mengumumkan kadar tarif air Pulau Pinang akan dinaikkan pada masa depan selepas mengambil kira permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian. Beliau turut menyalahkan penduduk negeri Pulau Pinang kononnya tidak bijak menguruskan penggunaan air sehingga menyebabkan negeri ini menjadi negeri tertinggi penggunaan air dalam kalangan penduduk.

Isu air merupakan antara topik hangat dalam negara ketika ini. Dalam keadaan Selangor melaksanakan pencatuan air akibat dari keputusan “bodoh” Khalid Ibrahim yang sebelum ini bermati-matian menolak  pembinaan “Langat2” maka rakyat Selangor terpaksa menanggung akibatnya.

Rakyat perlu tahu bahawa keputusan menolak projek Langat 2 sebelum ini bukan merupakan keputusan Khalid Ibrahim seorang. Ianya seolah-olah merupakan “ARAHAN” dari pihak tertinggi Pakatan Pembangkang. Dengan ertikata lain tidak ada satu pun kebaikan yang disumbangkan oleh pakatan pembangkang melainkan kesengsaraan kepada rakyat.

Hakikatnya keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan tarif air kononnya bagi mengawal penggunaan bahan itu di kalangan rakyatnya adalah tidak wajar sama sekali. Ianya merupakan satu  tindakan yang cukup tidak bertanggungjawab dalam keadaan syarikat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) kini meraih keuntungan.

DAP ternyata tidak mementingkan rakyat yang terpaksa menanggung kos kenaikan itu.  Dalam keadaan PBAPP meraih keuntungan DAP masih mahu menekan rakyat.

Mentaliti DAP sebenarnya amat gagal sebagai pemerintah. Mereka lebih mirip kepada organisasi yang berteraskan keuntungan. Percaturan hidup rakyat Pulau Pinang sudah menjadi transaksi perniagaan buat DAP.  Dengan itu sebarang unsur yang mengganggu perancangan memaksimakan keuntungan bakal mengalami mimpi buruk tidak lama lagi. 

Dengan erti kata lain kos hidup di Pulau Pinang bakal melambung tinggi sepertimana Singapura yang merupakan antara negara yang kos sara hidupnya merupakan yang tertinggi di dunia.

Tanggungjawab mereka untuk menjaga kebajikan rakyat seolah-olah menjadi agenda terakhir dalam “list” DAP. Hakikatnya mereka dipilih untuk rakyat untuk menjaga kebajikan bukannya membentuk komuniti rakyat Pulau Pinang sebagai perniagaan. Alasan yang cukup tidak bertanggungjawab DAP kononnya langkah kerajaan negeri untuk menaikkan tarif air merupakan suatu usaha untuk mengelak catuan air terpaksa dilakukan di Pulau Pinang.

Kerajaan negeri terpaksa menaikkan tarif air untuk menggalakkan orang ramai mengurangkan kadar penggunaan air agar generasi akan datang mempunyai lebih banyak peluang untuk tidak mengalami catuan air. Betapa hipokrit dan tidak bertanggungjawabnya kenyataan Lim Guan Eng@DAP.




Mykmu.net

Unity in Diversity

ZULKIFLI BIN NOORDIN

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN

Rakyat News - Tepat Dari Sumber

UMNO Online